top of page

Pengorbanan dan kebangkitan baharu di Eiduladha



Perutusan Hari Raya Eiduladha Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan konsep pengorbanan dan kebangkitan baharu di tengah-tengah ketegangan politik dan pandemik Covid 19 yang belum berakhir.


Bagi beliau, umat Islam Malaysia wajar mencontohi pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang mendahulukan perintah Allah berbanding pertimbangan peribadi dan keluarga.


"Semarak takbir Eiduladha juga mengingatkan kita bagaimana Ibrahim (as) memaknai dua kata mulia Allahu Akbar lewat amal nyata iaitu Allah Maha Besar, tidak ada yang lebih besar daripada Allah, perintah-Nya dan ajaran-Nya. Ia menjadi peristiwa yang besar maknanya kepada umat Islam, tidak kurang ikonik.


"Peristiwa itu mencerminkan ketauhidan Ibrahim kepada keesaan Allah SWT ketimbang perasaan peribadi mahu menyelamatkan anaknya sendiri.


"Lantaran dari kejadian itulah terjelmanya perintah ibadah korban kepada umat Islam sebagai meraikan pengorbanan besar yang dialami seorang ayah dan anaknya. Di sinilah kuncinya di mana kita seharusnya patuh pada jalan Tuhan dan tidak lagi terikut-ikut dengan hawa nafsu dan seruan selain dariNya.


"Mengorbankan haiwan ternakan itu juga bermakna mengorbankan segala sikap yang lama dan usang, dan mula menjalani kehidupan yang baru dan segar yang semestinya ditopangkan kepada kejujuran, keadilan dan rasa peduli kepada yang miskin dan melarat," katanya dalam kenyataan di Facebook.


Anwar juga menyarankan kebangkitan 'kesedaran baharu' menangani kemelut politik dan ekonomi yang semakin tenat melanda Malaysia.


"Justeru saya menggesa agar Hari Raya Eiduladha dalam suasana 'norma baharu' ini dimaknai dengan kesedaran dan kebangkitan baru. Semoga kita dapat berfikir dan merenung semula dan menggarap pengajaran yang berguna darinya.


"Mewakili keluarga dan KEADILAN, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha 1441H kepada seluruh umat Islam," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page