top of page

Pengoperasian CIQ BSI, KSAB makin cekap



Pengoperasian Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dilihat semakin cekap dan baik.


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu kesesakan laluan antara Johor dan Singapura yang dibangkitkan sebelum ini sudah dapat ditangani dengan lebih baik dan berkesan dengan kerjasama strategik dan berterusan daripada semua pihak.


Tambahnya, beliau telah menerima maklum balas yang positif berhubung kecekapan dan kesiapsiagaan pengoperasian di kedua-dua pintu masuk itu.


"Meskipun isu kesesakan ini semakin baik di kedua-dua CIQ, ini tidak bermakna kita semua sudah boleh berpeluk tubuh.


"Komitmen perlu diteruskan dan tahap kesiapsiagaan perlu dikekalkan bagi memastikan operasi keluar masuk sempadan negara sentiasa lancar agar ia dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan pengembara serta meningkatkan imej Johor dan Malaysia di mata dunia," katanya di Facebook.


Sementara itu, Onn Hafiz menzahirkan penghargaan kepada semua agensi yang membantu memastikan kelancaran di kedua-dua CIQ terbabit.


Untuk rekod, Onn Hafiz pada Mei lalu turun padang meninjau keadaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI).


Pada tinjuannya, beliau menyuarakan rasa kurang senang terhadap isu kesesakan di pintu sempadan negara.


Susulan itu Kerajaan Johor dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani isu tersebut termasuk membabitkan isu teknikal.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page