top of page

Pengkhianatan satu tapisan pilih calon berkualiti pada PRU 15



Pengkhianatan yang berlaku biar pun pedih untuk dihadapi tetapi ada hikmahnya bagi parti menapis calon-calon yang benar-benar berkualiti dan bekerja untuk rakyat untuk dipersembahkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan datang.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, tapisan penting agar calon-calon yang dipilih menjadi Ahli Parlimen yang benar-benar berintegriti dan memuaskan hati rakyat dalam perkhidmatan mereka.


"Pada saya ada hikmah di sebalik pengkhianatan Xavier dan rakan-rakan terhadap parti. Yang lebih penting lagi mereka mengkhianati mandat rakyat pada PRU yang lepas.


"Namun tentunya ia membantu PKR menapis parti kami daripada unsur-unsur yang boleh dikompromi.


"Justeru dalam kita membuat persiapan menuju PRU 15 tentulah kita boleh memanfaatkan peluang ini menampilkan barisan calon lebih mantap dan berintegriti. Pada masa sama juga saya meminta maaf bagi pihak parti kepada penyokong yang meletakkan kepercayaan terhadap kita.


"Kita akan tetap perpegang teguh pada janji untuk menegakkan integriti dan keadilan serta berusaha bersungguh-sunguh memulihkan ekonomi dan berjuang menentang politik kotor," katanya dipetik Astro Awani.


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu tidak menolak percubaan 'menarik' Ahli Parlimen parti lawan terus-menerus berlaku sejak kebekalangan ini kerana kerajaan Perikatan Nasional begitu tersepit untuk mengekalkan kuasa.


"Hal ini saya fikir rakyat semua dapat menilai dan faham. Dalam usaha kita untuk memulihkan keadaan negara daripada pandemik Covid 19 sepatutnya kerajaan memberikan tumpuan kepada memulihkan ekonomi negara


"Tetapi itu tidak berlaku malahan kerajaan dilihat membeli atau mengugut Ahli Parlimen nyatakan sokongan. Ini amat dikesali kerana kita tahu pengkhianatan seperti ini menunjukkan kerajaan tidak stabil dan mereka berbuat apa sahaja untuk kekal berkuasa," katanya lagi.


Menjawab soalan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh KEADILAN dalam menyokong Ahli-ahli Parlimen yang ditawarkan untuk melompat, Shamsul menegaskan parti sentiasa memberi sokongan sebagaimana yang diberikan kepada Ahli Parlimen Sekijang.


"Kalau kita tengok contoh yang berlaku kepada Ahli Parlimen Sekijang, SPRM minta kita buat laporan, kita buat laporan. Kita beritahu kepada rakyat seluruh kepimpinan parti bersama-sama Ahli Parlimen Sekijang.


"Soal dalaman parti itu (alasan berkhianat) tidak perlu dijadikan sebagai isu. Kalau ada dibangkitkan, itu alasan cukup remeh bertujuan menjustifikasikan tindakan mereka," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page