top of page

Pengkhianatan Dua ADUN Di Kedah Sudah Dijangka


DS Anwar ulas mengenai kenyataan bersama dengan Tun Mahathir. Isi kenyataan itu hanya mengajak masyarakat memahami pendirian pembangkang keseluruhannya. Tandatangan dibuat selaku Ketua Pembangkang. Tugas Ketua Pembangkang bukan sahaja Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkul KEADILAN, Amanah dan DAP tetapi semua termasuk paksi Bersatu di bawah Tun dan juga Warisan.


Anwar respons terhadap kritikan, terutama dari seorang penulis P Gunasegaram yang mengkritik seolah-olah idealisme dan agenda reformasi telah luntur kerana bersekongkol dengan watak-watak lama yang merugikan perjuangan.


Bagaimanapun, jika dipertikaikan sokongan yang diberikan kepada pentadbiran Tun pada 2018, Anwar tidak di dalam kerajaan. Kini, sebagai pembangkang PH memang menekankan prinsip ketelusan; menangani masalah rakyat terbanyak, nelayan, pekerja, peneroka dan sebagainya.


Kenyataan bersama juga tidak bermakna terikat dengan kerjasama lama. PH belajar dari pengalaman lalu beberapa ketetapan besar tidak dirunding secara bersama. Posisi sekarang, PH bekerjasama dan memimpin pembangkang.


Mengulas tindakan dua ADUN KEADILAN yang berkhianat di Kedah, Anwar menjelaskan hal itu bukan perkara baharu. Kerenah kedua-duanya sudah berlanjutan setahun. Mesyuarat parti tidak hadir, mesyuarat majlis pimpinan negeri apabila Anwar hadir mereka boikot. 'Orang kata kenapa Anwar tidak ambil tindakan. Kalau ambil orang kata Anwar pilih puak dan sebagainya'.


Mengenai sidang beberapa jam di Dewan Rakyat Anwar menegur keputusan kerajaan Perikatan Nasional itu tidak wajar. Kalau isu covid 19 dijadikan alasan, kerusi telah diatur sempurna dan sidang boleh berjalan.


Alasan yang lebih kuat kemungkinan kerajaan PN tidak punya keyakinan dapat sokongan semua ahli parllimen. Ada ahli parlimen harap dapat menteri tetapi tidak dapat dan mungkin berpaling.


Isu pengangguran. Pada permulaan Covid 19 data pengangguran suku tahun pada Mac meningkat 17%. Bulan April dan Mei dijangkakan peningkatan lebih besar.


Kita ingat pada 1986 krisis ekonomi penganguran 7.4%, tertinggi dalam beberapa dekad. Sebab itu rangka pemulihan ekonomi harus difikirkan. Kita harus ada pasukan yang berwibawa. Selesaikan pengangguran beratus ribu dan termasuk golongan M40 yang terkesan.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page