top of page

Pengkhianatan bersihkan KEADILAN Selangor - Dr Gunaraj



Pengkhianatan yang berlaku baru-baru ini di Selangor diharap akan membersihkan KEADILAN sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja, Dr Gunaraj George, pengkhianatan itu pada sisi lain membolehkan rakyat menilai keupayaan sebenar kerajaan Perikatan Nasional yang tiada sokongan dan terpaksa membuat pelbagai helah menarik Ahli-ahli Parlimen yang pentingkan diri sendiri untuk bersama mereka.


"KEADILAN Cabang Kota Raja yakin dan percaya pengkhianatan secara langsung dapat membersihkan parti keramat ini daripada golongan munafik yang meletakan kepentingan peribadi lebih tinggi daripada kepentingan rakyat.


"KEADILAN Kota Raja akan menjadikan prinsip asas perjuangan reformasi sebagai tunjang utama membela nasib rakyat dan menegakkan keadilan buat semua rakyat Malaysia dengan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan nilai-nilai Prinsip Rukun Negara," katanya dalam satu kenyataan


Menurut Ahli Dewan Negeri Sentosa itu lagi, KEADILAN Kota Raja akan memastikan Selangor terus dipertahankan sebagai kubu kebal KEADILAN dalam PRU akan datang.


"Atas semangat KEADILAN, kepimpinan Cabang Kota Raja menzahirkan sokongan penuh dan taat setia kepada Parti Keadilan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden parti untuk kekal komited dalam agenda membela nasib rakyat selari dengan idealisme perjuangan KEADILAN.


"Kami juga akan terus mendokong prinsip keadilan dan reformasi dengan tuntas dan berdiri teguh bersama Datuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengerusi KEADILAN Negeri bagi memastikan Selangor kekal menjadi kubu kuat Parti Keadilan Rakyat," katanya.


Beliau turut menjamin bahawa KEADILAN Kota Raja akan sentiasa bersedia dengan kekuatan penuh dalam mempertahankan mandat rakyat dan tidak akan memberi sekelumit ruang buat gerombolan pengkhianat mendapat tempat dalam PRU akan datang.


"Kami bertekad memastikan DUN Sentosa dan Sungai Kandis dalam Parlimen Kota Raja akan terus menjadi kubu kuat KEADILAN pada PRU ke 15," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page