'Pengkhianat, kita mesti lawan habis-habisan' - Dr Wan Azizah



Pengkhianatan wajar dilawan habis-habisan untuk memastikan perjuangan KEADILAN lebih berwibawa dan menghindari individu-individu yang mementingkan diri sendiri.


Itulah mesej yang disampaikan oleh Ibu Reformasi Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ketika merasmikan Mesyuarat Agung KEADILAN Cabang Lembah Pantai, semalam.


Menurut Dr Wan Azizah, ulang tahun ke 22 penubuhan KEADILAN haruslah disambut dengan semangat yang lebih kental untuk mengembalikan kerajaan persekutuan ke tangan Pakatan Harapan.


"4 April (1999) 22 tahun lalu lahir Parti Keadilan Nasional ketika itu untuk kita mengungkapkan keadilan untuk semua. Ini amat penting.

"Perjuangan kita selama ini, pada 2018 kita telah menang dan kita rasakan bahawa kita buat sesuatu jika pegang tampuk kuasa. Supaya kita boleh perbetulkan (negara). Tetapi apabila adanya pengkhianatan (kerajaan tumbang), ini kita mesti lawan habis-habisan. Tidak boleh dalam satu perjuangan ada pengkhianat.


"Sebab itu Lembah Pantai penting. Mana yang tak nak dengan kita tak apa. Inilah pejuang-pejuang yang tulen (hadirin). Tidak ada jawatan tidak ada ganjaran, hanya kita percaya inilah prinsip asas kita pegang sebagai manusia.


"Memang kita lain bangsa lain agama. Itu pada kita ciptaan Allah tetapi kita mesti adil kepada semua. Inilah prinsip KEADILAN," katanya dihadapan hadirin.


Menurut Dr Wan Azizah lagi, pengkhianatan bukan baharu dan banyak pemimpin besar sejak dahulu dikhianati tetapi kekal berjuang untuk kesejahteraan hidup rakyat


Oleh itu, beliau berpesan sekiranya perjuangan telah berjaya maka kemenangan hendaklah dikembalikan kepada rakyat, untuk rakyat.


"Namun kita bangun itu lebih penting dalam hidup kita. Ini kita sampaikan kepada ahli di Lembah Pantai, bahawa kita menangi pilihan raya pakai simbol kita


"Simbol kita akan menjadi penerus kekuatan perjuangan negara kita cintai. Jadi kita mesti kuatkan sumber kita memperkukuhkan gerak kerja.


"Kerana hidup ini kita mesti bersama-sama dalam keluarga besar. Kalau kita menang, untuk rakyat bukan untuk diri kita. Jangan kita pentingkan diri.


"Kita naikkan semangat juang kita, kita jatuhkan siapa yang mengkhianati," katanya disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.


Tidak lupa, Dr Wan Azizah juga menceritakan kenangan silam detik-detik awal suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjuang memperbaiki mutu pendidikan anak-anak Melayu di Lembah Pantai melalui Yayasan Anda.


"Lembah Pantai penting sekali. Di sinilah apabila Anwar Ibrahim keluar universiti, Lembah Pantai tempat beliau menabur bakti. Membuat satu sekolah untuk mereka yang tercicir dalam pelajaran.


"Dia buat kelas untuk mereka yang tak mampu belajar. Bila tak boleh bayar dia cuba dapatkan dana tempat tinggal kepada Yayasan Anda dan pelajarnya di Kampung Kerinchi. Anwar boleh saja, keluar dari universiti diberikan satu peluang untuk menjadi pegawai di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Masa itu gaji di PBB AS$2,000. Jawatan pengetua Yayasan Anda hanya RM800 sebulan.


"Ini menunjukkan bahawa apa yang kita kejar adalah azam dan komitmen kita untuk satu perjuangan menegakkan keadilan," katanya.


Lembah Pantai antara Cabang yang terawal ditubuhkan di Malaysia. Sejak Pilihan Raya Umum 1999 Lembah Pantai sentiasa dibarisi nama-nama besar sebagai calon Parlimen termasuklah peguam Zainur Zakaria, Nurul Izzah Anwar dan terbaharu Ketua Cabangnya, Fahmi Fadzil.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER