top of page

Pengiraan subsidi RON95 berdasarkan pendapatan boleh guna bersih

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 10, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan kini dalam fasa memperhalusi keputusan pengkelasan dan kelayakan berkaitan penerima subsidi RON95, kata Rafizi Ramli.


Menteri Ekonomi itu berkata, penentuan penerimaan subsidi RON95 pada dasarnya adalah berdasarkan konsep pendapatan boleh guna bersih.


''Penggunaan konsep ini menandakan peralihan daripada penggunaan pendapatan kasar kepada pendapatan boleh guna bersih.


''Ini bagi memastikan pengukuran dan penyasaran yang lebih tepat dan adil dalam pemberian subsidi dan bantuan sosial,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) berkaitan bila subsidi bersasar petrol akan dilaksanakan dan memohon penjelasan apakah pendekatan yang akan diambil kementerian bagi memastikan golongan yang terkesan menerima bantuan sewajarnya.


Menjelas lebih lanjut, Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan tahun 2025.


Beliau berkata, penyasaran semula subsidi itu akan meliputi 85 peratus rakyat bagi memastikan majoriti daripada mereka kekal menikmati subsidi berkenaan.


Katanya, maklumat Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) isi rumah akan diperolehi melalui PADU dengan menggunakan pendekatan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PKAW).


*Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page