top of page

Pengiktirafan MSPO: Kembang pasaran produk sawit di UK - Eropah



Komitmen kerajaan United Kingdom (UK) untuk mengiktiraf Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai rujukan dalam perlaksanaan Due Diligence Regulations, Environment Act UK akan menjadi pemacu kepada peningkatan perdagangan antarabangsa Malaysia berasaskan sawit di peringkat global.


Menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, kejayaan misi yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke London kelmarin, melalui pertemuan beliau dengan Menteri Negara bagi Perdagangan Antarabangsa Nigel Huddleston dan Menteri Negara bagi pembangunan Andrew Mitchel menjamin potensi kepada kemasukan produk sawit Malaysia byukan sahaja ke UK tetapi juga ke negara Kesatuan Eropah.


"Pengiktirafan MSPO adalah penting bagi melonjakkan perdagangan minyak sawit Malaysia terutama di UK dan Kesatuan eropah.


"Ini juga secara langsung akan meningkatkan pendapatan negara melalui perdagangan minyak sawit justeru membuka lebih banyak peluang dan potensi produk minyak sawit dari Malaysia.


"Penyertaan UK di dalam perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi perkongsian trans pasifik (CPTPP) juga memberi manfaat kepada Malaysia di mana perjanjian perdagangan pertama antara UK dan Malaysia telah berjaya dimeterai," katanya dalam satu kenyataan.


Misi Malaysia yang berjaya di UK akan membuka pasaran lebih luas untuk produk sawit

Hal itu juga, kata Ahmad Nadhir menjadi petunjuk yang sangat positif bagi ekonomi negara dan menghilangkan sama sekali lobi negara Barat selama ini yang memburuk burukkan minyak sawit.


Lebih daripada itu, katanya, dalam suasana ekonomi dunia yang tidak stabil, kejayaan pengiktirafan MSPO akan menjadikan harga sawit Malaysia semakin baik di pasaran global dan melebarkan pasaran produk sawit ke anggota Komanwel yang mana UK adalah penaungnya.


"UK sebagai negara penaung kepada pertubuhan Komanwel juga dapat memainkan peranan dalam meningkatkan nilai perdagangan antarabangsa Malaysia.


"Dengan pengiktirafan MSPO ia menjadi tiket bagi Malaysia untuk melebarkan dagangan minyak sawit di negara-negara Komanwel yang lain, terutama Australia dan New Zealand," katanya.


Dengan komitmen UK itu, kata Ahmad Nadhir, diharap dapat memudahkan Kesatuan Eropah untuk mengiktiraf MSPO pada masa hadapan dan memacu perdagangan sawit EU - Malaysia.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page