top of page

Pengiktirafan MIC: M Saravanan harus berpolitik secara matang





Kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan dalam kongres parti itu semalam yang mahu pengiktirafan diberikan terhadap peranan parti berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika hal tersebut tidak berlaku, kurang jelas dan kabur.


Menurut Timbalan Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan P. Prabakaran, Saravanan tidak sepatutnya mengamalkan politik ugutan dalam Kerajaan Perpaduan yang melibatkan begitu banyak parti komponen dan begitu banyak suara perlu didengar.


"Persoalan saya apakah jenis pengiktirafan yang perlukan oleh MIC dan apakah tindakan yang akan diambil oleh MIC jika tuntutan mereka tidak didengari oleh Perdana Menteri?


"Sebagai perkongsian, Kerajaan Perpaduan dibentuk dalam satu kesepakatan di antara beberapa gabungan parti utama iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Warisan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, sikap MIC yang mahu terus mengajukan tuntutan kepada PM tidak sesuai dengan kaedah yang diamalkan Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan saluran melalui ketua gabungan.


"MIC adalah sebuah parti komponen di dalam Barisan Nasional. Adalah secara prinsipnya MIC harus membawa perkara yang dituntut ini ke Pengerusi Barisan Nasional (juga merangkap Timbalan Perdana Menteri) dan satu kesepakatan harus diambil di antara mereka sebelum ia dirujuk kepada YAB Perdana Menteri.


"Dari sudut moral, adalah kurang sopan apabila Pengerusi Pakatan Harapan mencampuri urusan dalaman parti komponen Kerajaan Perpaduan, begitu juga sebaliknya. Jadi saya menegaskan tuntutan ini adalah tidak berasas dan ia telah melanggar prinsip antara komponen Barisan Nasional," katanya.


Oleh itu, Ahli Parlimen Batu tersebut menyeru agar Saravanan yang telah lama berkecimpung dalam bidang politik menganbil sikap lebih sesuai dengan pengalamannya.


"Saya menyeru kepada Datuk Seri M. Saravanan untuk mengamalkan politik matang dan kembali kepada fitrah Barisan Nasional bagi memastikan MIC kekal relevan di antara komponen mereka.


"Selain itu, usah mengugut Perdana Menteri untuk melaksana permintaan yang jelas melanggar prinsip antara komponen Barisan Nasional," katanya.


Dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 77 MIC Saravanan berkata, tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya sekiranya tuntutan parti tidak dipenuhi oleh Perdana Menteri dalam sudut pengiktirafan.


"Kita menyokong kerajaan hari ini atas titah Yang di-Pertua Agong. Kita sangat jelas bahawa tak akan meminta jawatan dalam kerajaan, tapi kita nak pengiktirafan.


"Sekiranya gagal maka MIC akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya di hadapan lebih 1,500 perwakilan MIC di Maeps, semalam.


Sebelum itu, ketua MIC bahagian Puchong Awathar Singh berkata MIC perlu mengambil pendirian mengenai masa depan parti itu.


Menurutnya, kerajaan hari ini khususnya di bawah pentadbiran PH hanya mempergunakan MIC semasa pemilihan dan tidak "mengiktirafnya" selepas itu.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page