top of page

Pengiktirafan Maal Hijrah atas Syeikh Wazir wajar, pendakwah berhikmah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Syeikh Wazir menerima anugerahan Tokoh Agamawan/Kepimpinan Dakwah. Foto: FB Dr Mujahid
Syeikh Wazir menerima anugerahan Tokoh Agamawan/Kepimpinan Dakwah. Foto: FB Dr Mujahid

Penyampaian dakwah secara berhikmah biarpun dalam aliran politik berbeza dengan pemerintah mewajarkan Tuan Guru Syeikh Wazir Awang diangkat menerima anugerah khas Maal Hijrah semalam.


Menurut Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa penganugerahan Tokoh Agamawan/Kepimpinan Dakwah sempena Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M itu selayaknya diberikan kepada Syeikh Wazir atas ketokohan beliau yang lebih mengutamakan kelimuan dan dakwah berbanding hal lainnya.


"Anugerah ini membuktikan ketokohan beliau sebagai ulama yang istiqamah, tenang dan berwibawa dalam menyampaikan dakwah berasaskan hikmah, kasih sayang serta pendekatan yang mendidik ummah," kata Dr Mujahid dalam kenyataan.


Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI kerana mengiktiraf sumbangan besar Syeikh Wazir dan institusi ulama terutama dari Kelantan.


"Saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana mengiktiraf sumbangan besar beliau dalam kepimpinan dakwah, sekaligus menzahirkan penghormatan negara terhadap institusi ulama dan perjuangan dakwah Rasulullah SAW," ujarnya.


Dr Mujahid mendoakan agar Tuan Guru Syeikh Wazir yang merupakan Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan terus dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page