top of page

Pengiktirafan dunia bukan politik, tetapi untuk negara - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 30
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak sesetengah pihak sambil mengingatkan mereka agar tidak 'sakit hati' dengan kejayaan negara termasuk pencapaian Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN ke-47 baru-baru ini.


Beliau mengingatkan, 'keharuman' nama Malaysia dan imej positif yang dibina sepanjang sidang itu hendaklah dijadikan asas untuk memperkukuh pembangunan dan kemajuan negara, bukan terhad kepada imej Kerajaan Madani atau Perdana Menteri sahaja.


''Kalau dilihat dalam sejarah, ini julung kali berlaku. Gunakan kesempatan ini untuk membangunkan negara.


''Janganlah rasa sakit hati kerana kejayaan negara. Ini kejayaan negara, PM boleh datang dan pergi, naik dan jatuh tapi negara mesti diangkat,'' katanya di Dewan Rakyat hari ini sambil disambut dengan tepukan.


Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan pada jam 10.30 malam tadi beliau menerima panggilan telefon daripada PM Itali, Giorgia Meloni dan perkara itu bukan sesuatu yang biasa.


Menurut beliau, lazimnya pihak Malaysia yang menghubungi mereka terlebih dahulu.


''Bukan soal PM (Anwar) tapi ia soal Malaysia (negara). Lebuh raya kita hebat, pembangunan kita hebat.. satu dunia perhatikan (kemajuan Malaysia).


''Sebagai anak Malaysia, saya bangga kerana liputan puluhan juta memperlihatkan kejayaan Malaysia tentang lebuh raya, pembangunan dan juga jasa kita dalam soal pendamaian antara Kemboja dan Thailand.


''Dulu orang kata Anwar saja (sengaja) 'claim' (untuk tuntut pengiktirafan), sebenarnya orang lain (yang mainkan peranan itu), tapi Trump sendiri akui mengiktiraf usaha mediasi yang diketuai PM Malaysia.


''Tapi tentulah kenyataan sebegitu menyakitkan sesetengah pihak yang memang ada 'hati yang sakit','' katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page