top of page

Pengharaman skuter elektrik tindakan kolot - Fahmi Fadzil



Langkah kerajaan BN mengharamkan penggunaan skuter elektrik di bandar bandar utama terutama di Lembah Klang disifatkan sebagai kolot.


Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, kerajaan tidak sepatutnya mengharamkan pengangkutan ringan peribadi itu dengan mengenakan saman ke atas penggunanya sebagaimana yang berlaku di Kuala Lumpur dan Cyberjaya baru baru ini.


"Saya rasa Menteri Pengangkutan sangat silap dalam isu ini. Saya bagi perbandingan paling mudah, di kampung Kerinchi (KL) yang banyak menggunakan skuter ini anak anak PPR yang menghantar food panda. Bila kamu menghalang mereka menggunakannya, maksudnya kamu menutup periuk nasi merkea.


"Kamu benarkan Tengku banker dengan basikal berpuluh ribu atas jalan raya ke sana ke sini. Jadi isu ini antara dua darjat. Yang miskin tak boleh, yang kaya 'ikut suka kamu'


"Jadi saya rasa Menteri Pengangkutan sangat kolot dalam isu ini. Beliau juga tidak mendengar pandangan Ahli Parlimen yang menjaga kawasan di Wilayah Persekutuan. Kami langsung tidak ditanya pandangan atau diminta pendapat.


"Saya tidak pasti apakah rasional (tindakan mengharamkan) tetapi tindakan ini seakan mementingkan pihak lain, dan menghalang pihak tertentu memperolehi manfaat," katanya kepada Suara Keadilan.


Bagaimanapun menurut calon Naib Presiden KEADILAN itu, beliau bersetuju sekiranya dilakukan penguatkuasaan atas faktor keselamatan, insurans dan sebagainya.


Namun kerajaan, katanya perlulah menyediakan laluan sesuai untuk kenderaan tersebut sebelum mengenakan beberapa peraturan untuk ia digunakan secara sah.


"Saya setuju kalau isunya keselamatan insurans atau peraturan lalu lintas. Sepatutnya bukan haram tetapi buat perancangan untuk pengangkutan ini boleh dimanfaatkan dalam 5 tahun.


"Tahun pertama buat begini rupa, tahun kedua tingkatkan prasarana, tahun ketiga perbaiki apa yang perlu. Ini terus mengharamkan.... Bagi saya ini fikiran kuno, kolot, dan langsung tidak memberi manfaat termasuklah penyuraian trafik," katanya.


Menurut beliau pengangkutan riangan peribadi itu mampu mengurangkan trafik apabila orang ramai menggunakan pengangkutan awam dan menggunakan skuter elektrik untuk ke satu satu destinasi yang sebelum ini lebih mudah untuk mereka bergerak dengan menggunakan kereta.


"Menteri Pengangkutan tidak melihat masalah rakyat yang datang ke KL menaiki pengangkutan awam. Contoh dari Klang ke KLCC naik komuter apa masalah dihadapi?


"Di Lembah Pantai pula ramai boleh gunakan alat seperti ini untuk pergi dari LRT ke bangunan di Bangsar South misalnya. Itu mengurangkan jumlah karbon yang terhasil dari menaiki kenderaan fosil fuel dan sebenarnya membantu menjaga alam sekitar," kata Fahmi lagi.


Penggunaan skuter elektrik di jalan raya dilarang mulai tahun ini dan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 boleh dikenakan terhadap individu yang ingkar.


Setakat ini penguatkuasaan di bandar bandar besar telah menimpulkan ketidakpuasan hati orang ramai kerana negara negara yang lebih maju tidak melarang menggunaan kenderaan sedemikian.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page