top of page

Penghakiman Najib bukti ada titik tanda kembalikan maruah negara - Ketua Wanita PH

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 24, 2022
  • 2 min read


Maruah negara yang tercemar akibat jenayah kleptokrasi para pemimpin BN kembali menemui titik perubahan dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak semalam.


Menurut Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Aiman Athirah Al Jundi, keberhasilan memenjarakan Najib merupakan kejayaan gemilang rakyat yang membuat keputusan menjatuhkan BN dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.


"Hari ini satu titik tanda bahawa negara kita masih ada jalan mengembalikan maruah apabila kita lihat sistem kehakiman masih bebas dan tidak semudahnya ditundukkan oleh orang yang berkuasa dengan 'Cash is King'


"Saya juga berbangga Ketua Hakim kita walau pun wanita telah menunjukkan ketegasan beliau, menunjukkan semangat kuat. Biar mendapat tekanan, kritikan dari penyokong Umno BN, ketua hakim kita Tengku Maimun bersama 4 panel hakim lain telah menunjukan negara ini ada jalan keluar untuk kembali pulih," katanya dalam satu siaran media.


Tragedi ke atas karier politik Najib, kata Aiman, memberi peringatan kepada para pemimpin kerajaan yang memegang tampuk kuasa agar tidak menyeleweng dan sentiasa mengikut undang undang dalam menjalankan tugas mereka.


"Saya yakin siapa pun yang erlibat rasuah mesti ingat (kes Najib) pada hujungnya, kebenaran akan terserlah," katanya.


Buat rakyat, Aiman berharap mereka akan terus berusaha melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 ini bagi meneruskan usaha membersihkan Malaysia daripada korupsi, kerana banyak lagi pemimpin yang terlibat dengan jenayah tersebut masih belum diadili.


"Kita harap untuk PRU ke 15, rakyat akan memberi peluang kepada kita sekali lagi, dengan menunjukkan kuasa rakyat memastikan undi PH supaya kita boleh tarik (hadap ke mahkamah) lebih ramai pesalah rasuah yang salah guna kuasa, dana rakyat, termasuk peruntukan sepanjang Covid 19 kita ada RM530 bilion yang kita yakin banyak juga tidak sampai. Orang politik bila diberi kuasa lama, mereka tahu di mana yang boleh diambil," katanya lagi.


Beliau juga dalam kenyataannya mengucapkan tahniah kepada 3 hakim wanita yang terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India yang terlibat dalam membuat keputusan semalam.


Bahawa wanita Malaysia, katanya, telah menunjukkan integriti yang membanggakan dalam mendaulatkan hukum.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page