top of page

Penghadang besi ikut piawai antarabangsa, elak nahas lebih teruk

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 11
  • 1 min read

Penghadang besi yang dipasang di lokasi kemalangan maut di Gerik, Perak mengikut piawaian keselamatan antarabangsa, demikian kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (gambar).


Beliau menjelaskan impak sesuatu kemalangan akan menjadi lebih buruk sekiranya tiada penghadang dipasang di kawasan berkenaan termasuk terdapat risiko kenderaan terjunam ke dalam gaung.


"Penghadang jalan itu mengikut standard antarabangsa. Itu yang Malaysia setuju gunakan penghadang besi itu.


"Kalau tiada penghadang itu, [ia] akan lebih bahaya. Kalau berlaku kereta yang hilang kawalan (contohnya), kalau dia terbabas, tiada penghadang, mungkin ia boleh jatuh ke (dalam) gaung, lagi teruk.


"Jadi, kita tak boleh lihat penghadang (jalan) ini sebagai sesuatu yang tidak baik sebab ia terbukti penggunaannya di peringkat antarabangsa," kata Alexander pada sidang media di Angkasapuri hari ini.


Hadir sama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.


Dalam kejadian pada awal pagi Isnin lalu, sebuah bas sewa khas yang dari Jertih, Terengganu terbalik di Jalan Raya Timur-Barat berdekatan Tasik Banding, Gerik hingga mengorbankan seramai 15 pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang dalam perjalanan ke Tanjung Malim.


Berdasarkan saksi yang berkongsi rakaman video dashcam, bas terbabit didapati hilang kawalan sebelum terbalik dan merempuh besi penghadang jalan ketika tiba di satu selekoh di tempat kejadian.


Bas tersebut turut merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang berada pada laluan sehala di hadapannya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page