Pengguna enjin bot, generator perlu sabar dipertimbang RON95 bersubsidi
- Suara Keadilan

- Sep 30
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Pihak berkaitan telah mengambil maklum kebimbangan bahawa penduduk di kawasan pedalaman dan pesisir pantai yang bergantung kepada perahu bermotor, enjin sangkut dan peralatan seperti chainsaw dan generator tidak tersenarai sebagai penerima manfaat skim subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95).
Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) berkata, pihak berwajib mengambil perhatian tentang perkara tersebut selepas beberapa siri libat urus dan taklimat diadakan sebelum ini.
''KEADILAN merayu semua pihak agar bertenang sementara pihak berwajib menangani perkara yang mustahak ini di peringkat dasar dan pelaksanaan.
''Kerajaan MADANI kekal dengan agenda reformasi yang mengutamakan kebajikan semua rakyat.
''Terima kasih kepada pimpinan KEADILAN dan pemimpin-pemimpin parti di Sabah dan Sarawak yang pantas menyuarakan kebimbangan ini untuk perhatian Kerajaan Persekutuan,'' katanya dalam satu kenyataan.
Di bawah skim BUDI95, pemilik kenderaan yang layak boleh membeli sehingga 300 liter petrol RON95 sebulan pada harga subsidi RM1.99 bermula hari ini berbanding RM2.05 seliter pada kadar semasa.
Inisiatif berkenaan disasarkan kepada rakyat tempatan dan memiliki lesen memandu yang aktif tanpa mengira tahap pendapatan.









Comments