top of page

Penggantian skim pencen bela penjawat awam berpangkat rendah



Oleh: Abdullah Zaid


Cadangan kerajaan mahu memansuhkan skim pencen dan menggantikannya dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk penjawat awam lantikan baharu dilihat sangat perlu dilakukan untuk menjamin kewangan negara.


Malah menurut Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing, skim baharu itu dilihat lebih membela nasib penjawat awam yang berpangkat rendah berbanding pembiayaan pencen bulanan.


Katanya, perbincangan ini perlu dirangkumkan dengan kajian semula tangga gaji penjawat awam yang berpangkat rendah.


"Kita menghargai sumbangan penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat dan negara.


"Namun skim pencen sedia ada tidak dapat menjaminkan kehidupan persaraan mereka, yang mana mereka berpangkat rendah hanya dapat pencen bulanan yang terlalu sedikit di sekitar paras kemiskinan," katanya kepada Suara Keadilan.


Jelas beliau, penyelarasan tangga gaji penjawat awam sedia ada akan berlaku sebaik sahaja tanggungjawab kerajaan untuk membayar pencen sekitar RM30 bilion setahun tidak lagi meningkat selepas 2024.


"Jika pelarasan tangga gaji berlaku sudah tentu skim baru dapat menjaminkan sejumlah wang persaraan yang lebih mencukupi kepada para pesara," ujarnya.


Tambah beliau, kerajaan juga perlu serius dalam memperkenalkan sistem baharu supaya ia tidak memberi kesan kepada penerima pencen sedia ada dan bakal-bakal penerima pencen.


"Tanpa sebarang campurtangan atau usaha baru bagi menelitikan jumlah perbelanjaan ini, sudah tentu mekanisme yang sedia ada akan sampai masanya meletup sehingga menjejas penerima-penerima pencen yang sedia ada," ujarnya.


Justeru sebagai kerajaan bertanggungjawab, Tan mengingatkan langkah itu penting bagi memastikan kelangsungan fiskal, perbelanjaan dan saiz ekonomi negara tanpa mengetepikan jasa dan khidmat bakti penjawat awam.


Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.


Pendirian itu dibuat kerajaan selepas menilai bahawa menjelang 2040, jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, akan mencecah RM120 bilion setahun.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page