Mesyuarat MATC Jelebu, Kuala Pilah perkukuh kesatuan KEADILAN
- Suara Keadilan

- 4 hours ago
- 1 min read

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang KEADILAN Jelebu dan Cabang KEADILAN Kuala Pilah yang berlangsung pada 18 April lalu disifatkan sebagai platform penting dalam memperkukuh organisasi serta semangat perjuangan parti di peringkat akar umbi.
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka, Mohd Khuzaire Mohd Kamal berkata, beliau berbesar hati diberi penghormatan untuk merasmikan kedua-dua mesyuarat tersebut.
"Alhamdulillah, saya telah diberi penghormatan untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Jelebu dan Cabang Kuala Pilah yang berlangsung pada 18 April 2026," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, majlis berkenaan berlangsung lancar dalam suasana penuh semangat serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh kepimpinan dan ahli parti.

Tambah beliau, kehadiran serta sokongan padu daripada anggota membuktikan kekuatan.
"Kehadiran dan sokongan padu yang ditunjukkan membuktikan kekuatan serta kesatuan dalam memperkukuhkan parti di peringkat cabang," katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah.
Beliau berharap mesyuarat tersebut menjadi medan terbaik untuk memperkemaskan gerak kerja serta merangka strategi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan dalam tempoh setahun.
"Semoga Mesyuarat Agung Tahunan ini menjadi medan terbaik untuk memperkemaskan gerak kerja, memperkukuh organisasi serta merangka strategi menghadapi cabaran mendatang demi memastikan perjuangan parti terus relevan dan diyakini rakyat," katanya lagi.




Comments