top of page

Pengganas sebenar mengebom Gaza, GSF hanya bawa ubat, makanan - Mahfuz

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 3 days ago
  • 1 min read

ree

Tuduhan rejim zionis Israel kononnya aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas ditempelak Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar.


Beliau mengecam keras tuduhan tidak berasas itu selepas rejim Israel sejak Oktober 2023 mengebom dan membunuh lebih 60,000 penduduk Gaza kemudian membiarkan mereka terkepung kebuluran dan tanpa bantuan perubatan pada waktu ini.


"Flotilla Sumud datang tanpa senjata. Mereka membawa makanan untuk mengisi perut penduduk Gaza yang sengaja dilaparkan oleh rejim Zionis. Mereka membawa ubat untuk merawat luka yang disebabkan oleh serangan bom dan peluru Israel sendiri.

Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar

"Flotilla datang dengan hati, bukan dengan senjata. Israel datang dan menunggu dengan peluru, bukan dengan nurani," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mahfuz menegaskan pengganas sebenar ialah rejim Israel yang membedil hospital, membunuh kanak-kanak, mengebom sekolah serta menyebabkan ribuan warga emas, wanita dan bayi terkorban.


"Jika membawa roti, beras dan ubat dianggap keganasan, maka apa nama perbuatan melancarkan peluru berpandu ke atas bayi yang tidak berdosa? Inilah wajah hipokrasi dan kezaliman Israel yang cuba dibungkus dengan naratif palsu," tegas beliau.


Menurutnya lagi, Israel sebenarnya pengecut kerana takut kepada kebenaran yang dibawa rakyat biasa tanpa senjata, sebaliknya terus melabel mereka sebagai pengganas untuk menutup tindakan kejamnya.


"Flotilla Sumud datang dengan hati, bukan dengan peluru. Mereka datang untuk menyelamatkan nyawa, sementara Israel terus meragut nyawa," ujarnya lagi.


Sehubungan itu, Mahfuz menyeru seluruh dunia, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, OIC dan negara-negara berdaulat, agar menghentikan permainan fitnah Israel, mengiktiraf keberanian aktivis kemanusiaan, serta mengambil tindakan tegas terhadap rejim Zionis yang berterusan melakukan jenayah perang terhadap Gaza dan Palestin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page