top of page

Pengerusi PH akan tetapkan hala tuju PH di Sabah - Fahmi



Perkembangan politik Sabah yang masih bergolak ekoran Umno BN menarik sokongan ke atas pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam dipantau rapi oleh Pakatan Harapan (PH).


Bagaimanapun, menurut Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, tiada sebarang keputusan dibuat berhubung perkembangan di Sabah dalam mesyuarat Majlis Presiden PH di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, petang tadi.


"Kita sedang menunggu maklumat, dan saya percaya Pengerusi PH (Datuk Seri Anwar) akan menetapkan apa apa hala tuju bagi PH di Sabah," katanya kepada media menjawab pertanyaan politik Sabah.


Mengulas isu yang dibincangkan oleh Majlis Presiden, Fahmi berkata, hal yang disentuh lebih kepada dasar gabungan kerana mesyuarat petang tadi merupakan yang pertama selepas PH membentuk Kerajaan Perpaduan.


"Kita belum ada apa apa perbincangan terlalu khusus. Sebagai contoh belum dibincangkan isu pembahagian kerusi (untuk Pilihan Raya Negeri).


"Ini mesyuarat Majlis Presiden PH pertama dan ia lebih bersifat dasar. Selepas ini mungkin ada perbincangan lebih khusus, walau apa pun fokus Majlis Presiden semestinya 6 negeri yang akan menghadapi PRN selewatnya Jun atau Julai tahun ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page