top of page

Pengerusi PAC kekal dari pembangkang



Bagi memastikan peranan semak dan imbang pentadbiran kerajaan dapat dijalankan dengan berkesan, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan dilantik dari kalangan pemimpin pembangkang.


Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Majlis Presiden PH semalam bersetuju untuk meneruskan dasar tersebut.


"Majlis Presiden membincangkan beberapa dasar, termasuk kedudukan Pengerusi PAC dari pihak pembangkang. Itu rata-rata bersetuju untuk kita teruskan.


"Waima sewaktu PH mentadbir (sebelum ini), kita lihat bila Pengerusi PAC daripada pihak pembangkang, ia memberi fokus kepada proses semak imbang, urus tadbir dan tata kelola," jelas Fahmi.


Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, ketika ditanyakan media apakah sudah ada calon dari pihak pembangkang untuk mengisi kedudukan itu walau bagaimanapun menegaskan ia akan ditentukan kemudian oleh jawatankuasa pemilihan.


"Ikut prosesnya, jawatankuasa pemilih dewan akan adakan mesyuarat yang akan menamakan ahli yang akan dipilih ke sesuatu jawatan," tambahnya.


Dalam pada itu, Fahmi berkata Majlis Presiden PH dalam mesyuaratnya turut mempertimbang untuk mengesyorkan pelaksanaan Sesi Jawab Lisan Perdana Menteri di Parlimen.


Cadangan itu sebagai sebahagian usaha tambah baik dan reformasi menjelang sidang Parlimen yang dijadual berlangsung Febuari.

Walaupun sebelum ini sudah ada sesi jawab lisan oleh Menteri, sesi yang dicadangkan itu akan memperuntukan hari tertentu semasa persidangan sidang Dewan Rakyat untuk ahli dewan bertanyakan sendiri soalan-soalan yang akan dijawab oleh Perdana Menteri.


"Sebelum ini sudah ada sesi jawab lisan melibatkan Menteri, tetapi kali ini akan ada salah satu hari dikhususkan untuk dibawa soalan bagi dijawab sendiri oleh Perdana Menteri," jelasnya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page