top of page

Pengerusi MPN KEADILAN Pahang lawat bangsa banjir Temerloh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 14, 2024
  • 1 min read

ree

ADUN Lantikan Dewan Negeri Pahang, Rizal Jamin hari ini menziarahi mangsa banjir di Temerloh, Pahang yang semakin meningkat jumlahnya ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan dan Sekolah Kebangsaan Lanchang petang tadi.


"Didoakan mangsa-mangsa banjir di daerah Temerloh seramai kira-kira 700 orang di beberapa Pusat Penempatan Banjir tabah menghadapi dugaan.


"Sempat menziarahi mangsa di 2 PPS SMK Seri Semantan dan SK Lanchang petang tadi bersama-sama sahabat saya YB Fazli Mohd Ramly, Pengerusi Amanah Pahang dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa-mangsa," katanya.


Sebelum itu, semalam beliau bersama rakan rakan KEADILAN sekitar Kerambit membantu mangsa mangsa banjir yang masih mengalami kesukaran bekalan air dengan membeli empat pam air untuk kegunaan penduduk setempat.


Rizal juga menyampaikan bakul makanan kepada mangsa banjir yang memerlukan bantuan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page