Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN (MPN) Johor, Syed Ibrahim Syed Noh baru-baru ini turun menziarahi mangsa banjir di Kota Tinggi.
Dalam ziarah tersebut ahli-ahli MPN sempat bertanya khabar kepada mangsa-mangsa banjir dan mendapat makluman bantuan-bantuan segera yang diperlukan oleh mereka.
Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kota Tinggi, Mohd Fakharuddin mengucapkan terima kasih di atas kunjungan rombongan MPN Johor berkenaan yang melihat sendiri situasi banjir di daerah tersebut.
"Selaku ketua AMK Kota Tinggi, saya ucapkan terima kasih, kepada rombongan MPN Johor kerana memberi komitmen dan ambil tanggungjawab untuk turun padang membantu dan menyantuni masyarakat, selain mempererat hubungan sesama ahli parti khususnya di waktu musibah banjir yang melanda Kota Tinggi," kata Fakharuddin.
Turut bersama dalam lawatan adalah Setiausaha MPN Naim Jusri, ketua AMK Johor Yuneswaran Ramaraj, ahli dan AJK Cabang Kota Tinggi serta wakil AMK Negeri Johor.
Antara turut ditimpa musibah banjir ialah Ketua Cabang KEADILAN Kota Tinggi, Steven Chin dan Timbalan Ketua Cabang, Jamari Yassin.
Comments