top of page

Pengerusi MPN: Mahiaddin yang gagal dianggap mampu pulihkan negara?



Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melantik mantan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dianggap merosakkan penarafan ke atas pentadbirannya lebih awal daripada yang sepatutnya.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelantikan Mahaiddin yang tidak berasaskan merit tentunya amat mengecewakan rakyat kerana Umno sebelum ini pun mendesak bekas PM tersebut berundur selepas kegagalannya menangani wabak Covid 19.


"Mahiaddin ketika memegang tampuk pemerintahan negara gagal menguruskan respon negara dalam wabak Covid-19, sama ada dari segi kesihatan, ekonomi mahupun pendidikan.

 

"Selain itu, beliau juga bertanggungjawab melaksanakan Darurat, kononnya bertujuan memerangi Covid, tetapi wabak Covid menjadi lebih parah di akhir Darurat. Pengakhiran Darurat pula dibuat tanpa perbahasan di Parlimen sehingga pihak Istana Negara sendiri menegur tindakan pentadbirannya mengelirukan Parlimen yang membawa kepada kejatuhan beliau.  


"Pelantikan Mahiaddin sebagai Pengerusi MPN sebenarnya menambah satu lagi lapisan birokrasi yang tidak wajar, kerana Mahiaddin masih perlu membentangkan saranan MPN kepada Jemaah Menteri. Adakah dalam hal ini Ismail tidak yakin terhadap Menteri-Menterinya?" tanya Saifuddin.


Menurut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu, adalah sangat sukar untuk dibayangkan ahli politik yang telah gagal mentadbir negara selama 17 bulan dilantik mempengerusikan majlis yang bertanggungjawab memulihkan negara daripada kegagalan dan kelemahan beliau sebelum ini.


"Sejauhmanakah Mahiaddin bersedia memberi saranan kepada Ismail untuk membatal atau menambahbaik mana-mana dasar pengurusan pandemik yang digubal semasa beliau berkuasa, tetapi tidak berkesan dalam menangani pandemik? Bukankah akan ada kecenderungan mantan PM akan cuba mempertahankan legasinya dan bukan menilainya secara objektif?

 

"Justeru, mengapa perlu Mahiaddin diberi tempat di dalam kerajaan Ismail Sabri, melainkan tujuan survival politik Ismail semata-mata? Sampai bila rakyat dan negara perlu menjadi korban kepentingan politik?" tanya beliau lagi.


Sebelum ini, pada Jun dan Julai 2021, Presiden dan pemimpin kanan Umno telah berkempen ke seluruh negara mencanangkan kehancuran Malaysia disebabkan kegegalan Mahiaddin mentadbir.


Oleh itu, 15 Ahli Parlimen Umno menarik sokongan bagi menjatuhkan beliau untuk dibanti dengan pentadbiran Umno-BN yang kononnya cemerlang.


Dengan pelantikan Mahiaddin di bawah tugas memulihkan negara, maka ternyata Umno-BN telah berjaya memperbodoh rakyat Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page