Pengerusi MKN Selangor: 'Saya selesaikan masalah banjir dulu, lepas itu bincang' - MB



Pertikaian dan perebutan jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Selangor antara Menteri Persekutuan Tan Sri Noh Omar dan Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sepatutnya tidak berlaku di tengah tengah penderitaan rakyat negeri itu menghadapi situasi pasca banjir.


Menurut MB Amirudin, beliau tidak terlalu memikirkan siapakah yang menjadi pengerusi, sebaliknya mahu menyelesaikan masalah rakyat sesegera mungkin.


"Saya nak selesai jalan (masalah) ini, dia nak jadi pengerusi dia jadi pengerusi lah. Saya nak selesaikan masalah ini (pasca banjir) lepas itu kita bincang siapa nak jadi pengerusi.


"Itu (siapa pengerusi) tidak menjadi masalah kepada saya. Malam tadi atas arahan (nombor) 20 itu saya telah pengerusikan mesyuarat dan arahan itu kita terima pada 21 Disember. Diharapkan koordinasinya akan terus berlaku," katanya di hadapan wartawan ketika meninjau operasi pembersihan pasca banjir di Shah Alam.


Bagi Amirudin, isu mengeringkan air di dua daerah di Selangor lebih penting untuk difikirkan berbanding jawatan pengerusi.


Ujar MB, hal itu perlu dilakukan secepat mungkin sebelum operasi pembersihan bermula dan penduduk boleh kembali menjalani hidup seperti biasa.


"Sekarang ada isu penting iaitu bagaimana nak surutkan air dia dua daerah, iaitu Kuala Selangor dan Kuala Langat.


"Sebab air masih bertakung. Tadi saya berhubung dengan Datuk Seri Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Alam Sekitar dan Air. Beliau ada memaklumkan beberapa urusan hari ini, dan kita dah bantu untuk Jabatan Pengairan dan Saliran keluarkan air


"Di Seri Muda dah selesai dan air surut sepenuhnya. Maknanya selepas ini kita perlu pembersihan. Hari ini KDEB Waste dah mula masuk dan di Kuala Selangor ada ban yang pecah, ban itu sedang diperbetulkan dan saya minta YB Ir Izham untuk melihat bagaimana kita boleh pam air keluar dengan segera di sana," katanya lagi.


Pertikaian berlaku apabila dalam sidang media dua hari lalu MB Amirudin mendakwa beliau dikembalikan jawatan Pengerusi MKN Selangor. Namun keesokkan hari, Noh Omar dalam sidang media beliau berkata terdapat dua arahan berbeza bawah MKN, iaitu pengurusan keselamatan negara dan kedua, Majlis Keselamatan Negara, Semakan Semula Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana negara, yang bermakna terdapat dua jawatankuasa.


Kata Noh, beliau dilantik di bawah arahan pertama iaitu membabitkan isu keselamatan negara.


"Sepatutnya Menteri Besar tengok ialah arahan nombor 20, iaitu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri," kata Noh dipetik.


Bagaimanapun isu itu menyebalkan rakyat Selangor yang menderita dilanda banjir dan mereka mempertikaikan keperluan Noh kekal di jawatan pengerusi sedangkan beliau telah gagal dalam operasi evakuasi mangsa banjir dalam 48 jam terawal bencana pada 18 dan 19 Disember lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER