top of page

Pengerusi KEADILAN Perak rasmi dilantik Senator

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Sep 30
1 min read
Mohamad Hairul Amir Sabri mengangkat sumpah senator. Foto kredit Bernama
Mohamad Hairul Amir Sabri mengangkat sumpah senator. Foto kredit Bernama

Pengerusi KEADILAN Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri rasmi dilantik sebagai Senator Dewan Negara mewakili Perak selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Bangunan Parlimen semalam.


Beliau yang sebelum ini Ketua Pegawai Khas di Pejabat Ahli Parlimen Tambun, bakal memegang jawatan berkenaan bagi tempoh tiga tahun sehingga September 2029.

Sesi pelantikan tersebut menyusuli keputusan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 10 September lalu yang sebulat suara memilih beliau sebagai Ahli Dewan Negara mengikut Perkara 45(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.


Ia bagi menggantikan Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada 24 Mei lalu.


Dalam ucapan pemasyhuran pelantikan berkenaan, Awang Bemee menzahirkan keyakinan bahawa latar belakang Mohamad Hairul Amir dalam kepimpinan politik, pentadbiran awam, hubungan kerajaan, pembangunan masyarakat, serta tadbir urus korporat bakal memberi nilai tambah kepada perbahasan Dewan Negara.


Beliau turut berharap pengalaman yang dimiliki dapat disumbangkan secara konstruktif demi melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara.


"Walaupun kita boleh berbeza pandangan, perbezaan itu hendaklah disampaikan dengan penuh hikmah, berhemah dan saling menghormati," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page