top of page

Pengerusi KEADILAN Perak dilantik Senator

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
9 hours ago
1 min read

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri (gambar) dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mewakili negeri Perak.


Pelantikan tersebut bagi menggantikan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang telah tamat tempoh penggal pada 24 Mei lalu.

Pencalonan Mohamad Hairul mendapat majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, selepas usul pemilihan dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad pada hari terakhir Persidangan Dewan Negeri Perak ke-15 semalam.

Berkelulusan Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan menerajui KEADILAN Perak sejak 2024 beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Khas di Pejabat Ahli Parlimen Tambun.


Beliau turut dilantik Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak serta Ahli Jawatankuasa Audit Bebas dan Bukan Eksekutif di sebuah syarikat swasta.


ADUN Teja, Sandrea Ng Shy Ching ketika mencadangkan nama Mohamad Hairul menyifatkannya sebagai mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang, termasuk pendedahan secara langsung terhadap urusan pentadbiran dasar dan hal ehwal rakyat di peringkat Parlimen serta Persekutuan.


"Kita harapkan (Mohamad Hairul Amir) dapat memberikan khidmat terbaik, membawa suara rakyat Perak, serta memperjuangkan kepentingan negeri di peringkat Dewan Negara," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page