top of page

Pengerusi ASEAN: Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menggesa negara anggota ASEAN mengumpulkan kekuatan gabungan dalam menghadapi cabaran semasa.


Ditemu bual dalam rancangan Bernama TV "The Nation ASEAN+" pada Jumaat, Johari menekankan bagaimana konflik Rusia-Ukraine telah memberi kesan keselamatan makanan di peringkat global.


"Kita (negara anggota ASEAN) perlu duduk dan mempertimbangkan bagaimana untuk mentadbir kekuatan kita bersama-sama bagi memastikan rantau ini tidak berlapar," katanya dipetik.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Malaysia yang bakal menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan jelasnya akan menekankan agenda bagi memperkukuh keselamatan makanan serantau.


Perkongsian idea, pengalaman dan kepakaran dalam kalangan negara anggota tegasnya penting bagi meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan keselamatan makanan.


Sementara itu tambah beliau, sebagai presiden Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) yang akan datang, Johari turut mengulangi komitmen Malaysia untuk memajukan agenda penting lain, termasuk inisiatif perubahan iklim, semasa menjadi Pengerusi ASEAN akan datang.


"Kami akan berbincang dengan negara-negara anggota bagaimana kami boleh bekerjasama dan memanfaatkan sumber yang ada sama ada hidro, solar atau hidrogen," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page