top of page

Pengeluaran sekali lagi caruman KWSP undang masalah



Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli memberi amaran bahawa pengeluaran sekali lagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya akan mengundang masalah kepada jaringan keselamatan sosial pencarum.


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN itu, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengambil pendekatan popular dengan membenarkan pengeluaran caruman itu, namun kesan sampingan keputusan itu akan memberi masalah panjang, bukan sahaja kepada pencarum tetapi juga kepada ekonomi negara.


"Itu pendirian kita sekarang. Tanggungjawab kerajaan adalah memastikan bahawa rakyat ada jaringan keselamatan sosial yang baik," katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi negara di Putrajaya semalam.


Sebelum ini ada desakan dari sesetengah pihak yang mahu kerajaan memberi kebenaran agar wang caruman dalam KWSP dikeluarkan.


KWSP sebelum ini mendedahkan pengeluaran RM145 bilion oleh 8.1 juta ahlinya menerusi empat siri kemudahan pengeluaran ketika pandemik Covid-19 menyebabkan pengurus dana persaraan itu 'terlepas' peluang mengembangkan aktiviti pelaburannya.


Empat kemudahan pengeluaran KWSP yang dibenarkan kepada pencarum dalam tempoh pandemik ialah i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas.


Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein dipetik laporan media pada akhir bulan lalu mendedahkan seramai 5.1 juta atau 76 peratus pencarum bumiputera yang berumur bawah 55 tahun dikenal pasti mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 pada hujung tahun 2022.


Dipetik laporan Sinar Harian, Nurhisham berkata, tahap simpanan penengah (median) untuk bumiputera telah jatuh daripada RM6,600 pada hujung tahun 2021 kepada RM4,700 pada hujung tahun 2022.


"Jika pengeluaran dibenarkan sama ada bersasar atau sebaliknya, ia boleh diibaratkan seperti menggali 'lubang' pada usia 50, 55 dan 60 tahun," kata Rafizi ketika menyentuh perkara itu.

2 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page