Pengeluaran KWSP: Sambut baik, kecewa kerajaan tidak bantu guna wang negara - Farhash



Pengeluaran one off Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 dianggap boleh membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan untuk memulakan hidup baharu.


Namun bagi aktivis KEADILAN, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, wang tersebut seharusnya digunakan oleh rakyat dengan cermat dan berhati hati memandangkan simpanan hari tua perlu diambil kira dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu.


"Saya sambut dengan sedikit berhati-hati berita kebenaran pengeluaran RM10,000 wang KWSP yang diumumkan oleh Perdana Menteri minggu ini.


"Untuk mereka yang memerlukan dan masih ada wang berbaki, saya doakan agar wang ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya setakat yang perlu.


"Mudah-mudahan apabila ekonomi kembali pulih, kita dapat bina kembali wang simpanan hari tua ini," ciapnya di Twitter.


Selain itu, mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak itu juga menasihatkan para pencarum yang tidak begitu memerlukan wang berkenaan agar tidak mengeluarkannya, dan wang tersebut boleh disimpan untuk keperluan selepas bersara.


Bagaimanapun, beliau kecewa kerana Perdana Menteri memilih untuk tidak menggunakan kewangan negara bagi membantu rakyat yang terjejas teruk selepas pandemik Covid 19.


"Saya merasa dukacita apabila kerajaan enggan menggunakan kuasa meminjam negara untuk memberikan bantuan wang tambahan secara langsung kepada rakyat.


"Saya mendoakan agar kita semua dalam perlindungan Allah SWT," katanya lagi.


Semalam, PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pencarum KWSP boleh mengeluarkan wang simpanan hari tua mereka secara one off sebanyak RM10,000.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER