top of page

Pengeluaran KWSP: Pembangkang berhentilah hasut rakyat



Pemimpin pembangkang digesa berhenti menghasut rakyat mendesak pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff membuat gesaan itu sambil menegaskan segala keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu berkenaan adalah berdasarkan kepentingan rakyat.


"Pada 9 Mac 2023, ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023, Perdana Menteri mengemukakan cadangan membenarkan mereka yang terdesak dan mempunyai simpanan mencukupi dalam akaun KWSP mencagarkan caruman mereka di bank.


"Namun cadangan ini dibantah oleh NGO dan ahli politik pembangkang yang menyifatkannya sebagai tidak membantu pencarum yang terhimpit dengan keadaan ekonomi.


"Permainan politik sebegini adalah cukup tidak bertanggungjawab. Bahaya Malaysia bila ada orang politik mengapi-apikan rakyat supaya membenci dan menolak cadangan Datuk Seri Anwar," katanya dalam satu kenyataan.


Mengulas lanjut, bekas ahli akademik itu mengingatkan matlamat asal penubuhan skim caruman tersebut adalah bagi memastikan golongan pekerja mempunyai simpanan kewangan untuk hari tua mereka.

Memikirkan masa depan rakyat itulah, Perdana Menteri jelasnya telah mencadangkan idea untuk cagarkan KWSP.


"Cadangan Perdana Menteri ini baik dan praktikal. Modal KWSP tidak hilang, dividen KWSP yang bayarkan pinjaman bank. Kalau keluarkan simpanan KWSP bukan sahaja duit tidak ada, dividen pun tidak dapat.


"Sekurang-kurangnya inisiatif membenarkan Simpanan KWSP sebagai cagaran dipersetujui pihak bank, ini adalah satu solusi untuk rakyat," jelasnya.


Sehubungan itu, Dr Agus menyarankan pembangkang berhenti memainkan KWSP semata-mata untuk meraih sokongan politik, sebaliknya wajar datang dengan cadangan bernas yang menguntungkan rakyat.


"Memahami Perdana Menteri, beliau adalah terbaik dalam mengajar rakyat berhemah, mengajar rakyat mengurus kewangan keluarga, mengajar rakyatnya berdikari. Pembangkang, hentilah hasut rakyat dan bimbinglah rakyat supaya bijak berbelanja mengikut keperluan, bukan kehendak," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page