top of page

Pengecualian SST: Tunggu penjelasan Kementerian Kewangan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 26
  • 1 min read

ree

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, meminta orang ramai menunggu kenyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan (MOF) berhubung maklumat lanjut peluasan skop pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).


Beliau berkata, MOF mempunyai maklumat yang lebih terperinci untuk dimaklumkan kepada rakyat.


''Insya-Allah MOF akan menerbitkan kenyataan yang lebih terperinci petang ini atau esok.


''Kita tunggu kenyataan daripada mereka,'' katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada akan ada pertimbangan lain menjelang 1 Julai ini, susulan pengumuman pengecualian buah epal dan oren import daripada peluasan SST oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikannya semalam.


"Masih ada orang mengeluh katanya orang kampung, orang miskin hendak juga makan epal dan dia kata ini orang dulu kata 'an apple a day keep the doctor away' tak betul itu, (ia) 'a banana' sebenarnya, sebab pisang potasium tinggi.


"Jadi, semalam kita (putuskan) beri kelonggaran import buah-buahan memang ada sedikit cukai tetapi dikecualikan epal dan oren," katanya dipetik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page