top of page

Pengecualian e-Invois kepada peniaga kecil tanda kerajaan prihatin - Sim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 6
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Keputusan kerajaan mengecualikan pelaksanaan sistem e-Invois ke atas peniaga kategori perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM500,000 mendapat reaksi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.


Katanya, pengecualian itu penting kerana terdapat lebih 750,000 peniaga atau pengusaha PMKS di negara ini.


"Pengecualian kumpulan ini daripada pelaksanaan e-invois sekurang-kurangnya buat masa ini memastikan peniaga kecil tidak dibebani secara berlebihan.


"Keputusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI yang prihatin dan mendengar kebajikan rakyat.


"Sebagai Ahli Parlimen, kami sentiasa menyuarakan kebimbangan rakyat mengenai isu ini. Saya sendiri telah beberapa kali membangkitkan perkara ini kepada pegawai kanan kerajaan dan Menteri," katanya dalam kenyataan.


Menurut Tze Tzin lagi, pada 21 Mei lalu ketika prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bersama pegawai kanan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Kewangan (MOF), pihak berkuasa bertekad meneruskan pelaksanaan demi membanteras ketirisan cukai.


"Pada 29 Mei, melalui platform Friends of MOF, kami sekali lagi membangkitkan isu ini kepada Menteri Kewangan II.


"Kami bersyukur apabila Menteri memberikan maklum balas positif terhadap cadangan untuk menangguhkan pelaksanaan bagi golongan berpendapatan paling rendah.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan II, dan semua pegawai kanan kerajaan kerana mendengar suara rakyat serta mengambil pendekatan dasar yang berperikemanusiaan dan praktikal," ujarnya lagi.


Semalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM500,000 dikecualikan daripada pelaksanaan sistem e-Invois buat masa ini.


LHDN turut memaklumkan pelaksanaan e-Invois bagi pembayar cukai berpendapatan antara RM1 juta hingga RM5 juta ditangguhkan kepada 1 Jan 2026, manakala kumpulan berpendapatan sehingga RM1 juta akan bermula pada 1 Julai 2026.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page