top of page

Pengecualian duti setem pemilikan rumah pertama diteruskan



Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pengecualian duti setem 100 peratus bagi pembelian rumah pertama berharga tidak melebihi RM500,000 menerusi Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-MILIKI).


Kementerian Kewangan (MoF) pada Jumaat memaklumkan, pengecualian duti setem sebanyak 75 peratus juga diteruskan bagi pembelian rumah pertama yang berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta.


"Layanan duti setem ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dari 1 Jun 2022 sehingga 31 Dis 2023," kata kementerian dalam kenyataan.


MoF sementara itu menjelaskan, pengecualian duti setem itu di bawah Program Pemilikan Rumah (HOPE), di mana pemilikan rumah pertama menerusi i-MILIKI akan diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman sepertimana yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023.


Selain itu, MoF juga berkata kerajaan juga telah bersetuju supaya duti setem ke atas surat cara pindah milik harta tanah secara kasih sayang melibatkan ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu dikecualikan sepenuhnya, terhad kepada RM1 juta pertama nilai harta tanah.


"Baki selebihnya daripada nilai harta tanah tersebut tertakluk kepada kadar duti ad valorem dan diberi remisi sebanyak 50 peratus atas duti setem yang dikenakan.


"Layanan duti setem ini terpakai bagi surat cara pindah milik harta tanah yang disempurnakan mulai 1 April 2023," tambah kenyataan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page