top of page

Pengecualian cukai Yayasan Albukhary tidak pernah dibatalkan




Pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary tidak pernah dibatalkan oleh mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagaimana didakwa oleh bekas Perdana Menteri Mahiaddin Yassin sebelum ini.


Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata pengecualian cukai tersebut hanya dibatalkan pada 2021.


"Yayasan Albukhary telah diberikan kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1957, Akta 53 yang dikecualikan dari cukai pendapatan


"Kerajaan mengesahkan dari rekod Kementerian Kewangan bahawa YB Bagan (Lim Guan Eng) semasa menjawat Menteri Kewangan tidak pernah membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan percukaian sebelum ini sebagaimana didakwa diberikan kepada Yayasan Albukhary


"Dakwaan dibuat bahawa beliau membatalkan pengecualian adalah tidak benar. Hakikatnya kelulusan (pembatalan) hanya dibuat pada 25 Feb 2021, iaitu kelulusan pungutan cukai yang di luar kebiasaannya yang melibatkan kedua dua Yayasan Albukhary dan kumpulan Albukhary," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Cha Kee Chin (PH-Rasah) di Dewan Rakyat pada sesi pagi.


Mengai soalan tambahan Rasah apakah menteri mempunyai kuasa membatalkan cukai dan pendekatan kerajaan semasa dalam membantu orang miskin, Anwar menjawab beliau lebih memilih bantuan terus kepada rakyat.


"Memang kuasa pengecualian mengikut 44(6) bukan kuasa Menteri atau PM. Ia kuasa mutlak Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri.


"Mengenai kaedah yang dibangkitkan, saya telah jelaskan bahawa itu perkara biasa dalam rekod Kementerian Kewangan. Saya tidak boleh panjangkan kerana kes ini masih dalam siasatan SPRM.


"Cuma pedekatan kita tentu berbeza dari dulu, iaitu meminta syarikat besar memindahkan kewangan, memberi pengecualian dan kemudian menderma kepada parti (politik) dan orang perseorangan.


"Saya memilih memanggil Syed Mokhtar, memberi jaminan kepada projek besar yang memberi manfaat kepada negara dan bagi kepentingan pesawah miskin, minta dia derma kepada pesawah secara langsung. RM30 juta kepada pesawah.


"Kita juga minta beliau beri keuntungan bersih kepada pesawah padi. Ada dua pendekatan berbeza, satu beri kepada parti, dua kepada pesawah padi. Saya pilih pesawah padi," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page