top of page

Pengasingan bengkel SPM: Sekolah, ibu bapa perlu komunikasi lebih baik



Isu pengasingan sesi bengkel peperiksaan SPM yang dikendalikan secara berasingan di antara murid beragama Islam dan bukan Islam bagi calon-calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent (SMKIJ Convent) Johor Bahru sewajarnya diselesaikan secara musyawarah antara pihak pentadbiran sekolah, guru dan ibu bapa para pelajar yang terkesan.


Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata isu tidak seharusnya dimainkan oleh media sehingga menimbulkan kekeliruan pelbagai pihak, malah ianya juga boleh mengundang persepsi kurang enak terhadap imej SMKIJ Convent yang merupakan sekolah berprestasi tinggi.


"(Dalam hal ini) pihak pentadbiran SMKIJ seharusnya memikul tanggungjawab penuh meleraikan segala perselisihan informasi berkenaan tujuan pengecualian sesi bagi pelajar-pelajar yang bukan beragama Islam yang sepatutnya turut serta dalam bengkel tersebut.


"Pemakluman mengenai pengasingan sesi bengkel peperiksaan SPM itu seharusnya dilakukan secara komprehensif dan teratur.


"Ia penting agar ibu-bapa pelajar yang terlibat tidak merasakan pengendalian dua sesi berbeza yang melibatkan lokasi berlainan sebagai satu diskriminasi terhadap pelajar-pelajar berbangsa lain," kata Yunes dalam kenyataan.


Menurut beliau lagi, pihak sekolah dan guru seharusnya cakna terhadap agenda Malaysia Madani yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru baru ini yang sewajarnya diteladani dan didukung, yang mengutamakan nilai ukhwah manusiawai mencakupi aspek kesepakatan rakyat Malaysia.


Katanya, sekiranya nilai tersebut tidak digarap dalam dunia pendidikan yang merupakan antara tunjang penting dalam pembinaan jiwa bangsa maka tidak mungkin anak anak boleh dipandu ke arah menggapai kecemerlangan yang diharapkan oleh negara, sekolah dan ibubapa mereka sendiri.


"Saya berharap kemelut ini tidak meruncing sehingga menjejaskan usaha sekolah untuk mempersiapkan calon-calon SPM dengan segala pengisian yang boleh mengukuhkan pemahaman mereka terhadap subjek-subjek yang memerlukan tumpuan tambahan," kata Yunes lagi.


Beliau berharap Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Infant Jesus Convent segera mewujudkan solusi di samping menerangkan hakikat di sebalik pengasingan sesi bengkel SPM yang menimbulkan kekeliruan di kalangan ibu-bapa serta rakyat itu secara amnya.


Untuk rekod, sebelum ini berlaku pertikaian antara ibu bapa pelajar bukan Islam yang tidak mengikuti bengkel SPM semalaman yang diadakan di sebuah hotel pada 19 dan 20 Jan lalu.


Alasan pihak Kementerian bahawa pelajar bukan Islam akan merayakan Tahun Baharu Cina dan akan diadakan bengkel yang sama kepada mereka selepas itu dipertikaikan kerana ibu bapa tidak diberi tarikh sesi kedua bengkel tersebut lebih awal.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page