top of page

Pengarah syarikat didenda miliki untuk menjual alat komunikasi tidak diperakui

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 18, 2024
  • 2 min read


Memiliki kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui di bawah peraturan yang dikuatkuasakan adalah salah dan boleh dikenakan hukuman.


Hal itu berlaku ke atas dua orang pengarah syarikat yang masing-masing didenda sebanyak RM5,500 dan RM2,500 oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu baru-baru ini atas pertuduhan memiliki dengan tujuan untuk menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui, walkie-talkie jenama Baofeng model BF-888S dan Wireless Adapter pelbagai jenama.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sesiapa atau syarikat yang dikenakan pertuduhan boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


"Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Amir Shah Amir Hassan telah membuat keputusan (denda) selepas kedua-dua Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah bagi pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


"OKS pertama seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun didakwa atas dua pertuduhan di bawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 kerana memiliki dengan tujuan untuk menjual lima unit walkie-talkie jenama Baofeng model BF-888S dan enam unit Wireless Adapter pelbagai jenama di Lintas Plaza, Kota Kinabalu pada 11 Oktober 2023.


"Manakala OKS kedua pula seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun didakwa atas satu pertuduhan di bawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 kerana memiliki dengan tujuan untuk menjual dua unit walkie-talkie jenama Baofeng model BF-888S di Sinsuran Complex, 88000 Kota Kinabalu pada tarikh yang sama," katanya.


Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti menjual, memiliki dan menggunakan apa-apa kelengkapan komunikasi yang tidak mempunyai pemerakuan. Hal itu bagi mengelakkan kesan buruk penggunaannya yang boleh mendatangkan impak negatif kepada pengguna.


Sebagai contoh, kata suruhanjaya itu, penggunaan kelengkapan komunikasi tidak diperakui boleh mengakibatkan gangguan kepada rangkaian telekomunikasi, kualiti perkhidmatan dan akhirnya mengundang masalah kepada pengguna lain.


Selain itu, kelengkapan komunikasi tidak diperakui mungkin tidak berfungsi dengan baik dan mengakibatkan kualiti perkhidmatan yang rendah serta ketidakpuasan pengguna.


"Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan aplikasi ‘MCMC Check Your Label’ untuk menyemak status pemerakuan sesebuah kelengkapan komunikasi sebelum membeli dan menggunakannya," kata kenyataan itu lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page