top of page

PM sokong usaha perkasa Pusat Kecemerlangan IsDB di KL

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
2 hours ago
1 min read
DS Anwar menerima kunjungan delegasi Islamic Development Bank di bangunan Parlimen, semalam
DS Anwar menerima kunjungan delegasi Islamic Development Bank di bangunan Parlimen, semalam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha memperkasa Pusat Kecemerlangan Islamic Development Bank (IsDB) di Kuala Lumpur sebagai hab perkongsian ilmu dan kepakaran.


Beliau berkata, perkara itu disuarakan semasa perbincangan dengan Pengerusi IsDB, Dr Muhammad Sulaiman Al Jasser dalam satu pertemuan yang berlangsung semalam.


Beliau yang juga Menteri Kewangan sementara itu berkata, usaha memperkasa IsDB di Kuala Lumpur mencerminkan keyakinan berterusan terhadap hala tuju pembangunan dan tatakelola negara.


Malaysia jelasnya diiktiraf atas pengalaman memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), memperkukuh daya tahan ekonomi serta menjana peluang pekerjaan, dengan kepakaran dan pengalaman berkenaan berpotensi dimanfaatkan oleh negara anggota IsDB.


"Saya turut menegaskan kesediaan Malaysia berkongsi kepakaran dan memperluas kerjasama pembangunan di peringkat antarabangsa.


"Insya-Allah, kerjasama erat ini akan memperluas peranan Malaysia sebagai rakan pembangunan yang berwibawa sekali gus membawa kepakaran anak bangsa ke pentas dunia," katanya menerusi hantaran di Facebook.


IsDB yang beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi ditubuhkan pada 1975 merupakan institusi kewangan bagi menyokong pembangunan ekonomi dan kemajuan sosial negara anggota serta masyarakat Islam di seluruh dunia berasaskan prinsip syariah.


Pusat Kecemerlangan IsDB dilancarkan pada 2019 di Kuala Lumpur berperanan sebagai platform strategik untuk memindahkan teknologi, kepakaran dan amalan terbaik kewangan Islam dari Malaysia kepada 56 negara anggota IsDB yang lain.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page