top of page

Selangor ganda usaha sekat penyebaran ajaran Ahmadiyah Qadiani

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 hour ago
1 min read
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. Gambar arkib
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. Gambar arkib

Kerajaan Selangor mempertingkatkan semua usaha bagi mengekang penyebaran ajaran Ahmadiyah Qadiani di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama masjid dan surau itu akan merangkumi pendidikan kepada masyarakat mengenai perbezaan antara ajaran Ahmadiyah Qadiani dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


"Masjid dan surau memainkan peranan penting untuk segera menghubungi JAIS sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan agama Islam.


"Kami juga menganjurkan program berskala besar bagi menjelaskan perbezaan antara ajaran Ahmadiyah atau Qadiani dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya dipetik laporan media.


Naib Presiden KEADILAN itu ditemui pemberita selepas hadir pada majlis pelancaran kerjasama melibatkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Universiti Selangor (UNISEL) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC), semalam.


Ajaran Ahmadiyah Qadiani ialah gerakan keagamaan yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad di Qadian, India, pada tahun 1889, dan telah difatwakan sesat serta terkeluar daripada Islam oleh pihak berkuasa agama di Malaysia.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan sebelum ini mendedahkan bahawa penyebaran ajaran sesat secara dalam talian serta program bertopengkan aktiviti lain secara tertutup antara cabaran utama dalam mengekang ajaran menyeleweng.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page