top of page

Pengarah Komunikasi Strategik PM meninggal dunia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 19, 2024
  • 1 min read


Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia petang semalam.


Satu kenyataan daripada PMO menyebut Allahyarham Rozaid meninggal dunia akibat masalah jantung di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya.


"Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan dukacita memaklumkan bahawa Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik di PMO, Rozaid Abdul Rahman telah meninggal dunia pada petang tadi kerana masalah jantung di kediamannya


"Allahyarham yang berusia 59 tahun sebelum ini telah menerima rawatan di Hospital Serdang sejak 1 Julai lalu dan telah dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lalu," katanya.


Menurut kenyataan itu lagi, Allahyarham dilantik menjawat tugasan tersebut sejak 23 Mei 2023 sehingga kini.


"Pejabat Perdana Menteri mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, dan diampunkan segala dosa Almarhum serta diberi tempat istimewa di sisiNya," kata kenyataan itu lagi.


Jenazah Allahyarham dizairahi oleh beberapa orang kenamaan sejak malam tadi. Antara yang menziarahi adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad zahid Hamidi dan beberapa menteri kabinet lain.


Allahyarham dimandikan di Masjid Putra Heights, Subang Jaya dan dijangka akan dikebumikan di Presint 20, Putrajaya pagi ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page