Penganugerahan PGDK bukti ketokohan Dr Fuziah diiktiraf
- Suara Keadilan
- 15 hours ago
- 1 min read

Wanita KEADILAN Kuantan merakamkan ucapan tahniah kepada kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Dr Fuziah Salleh yang dikurnia pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.
Menerusi satu kenyataan, Wanita KEADILAN Kuantan menyifatkan penganugerahan bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman itu sebagai pengiktirafan rasmi atas ketokohan dan komitmen Dr Fuziah terhadap perjuangan agenda rakyat.
"Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi terhadap jasa dan sumbangan besar Dr Fuziah dalam memperjuangkan hak rakyat, memperkasakan wanita, dan memastikan isu kos sara hidup rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam dasar kerajaan.
"Kami mendoakan agar Datuk terus diberi kekuatan, kesihatan dan keazaman untuk terus membawa suara rakyat ke peringkat tertinggi," kata kenyataan tersebut.
Dr Fuziah yang kini merupakan Setiausaha Agung KEADILAN menjadi Ahli Parlimen Parlimen Kuantan selama tiga penggal dan kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Sementara itu menurut laporan media, istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Kehormat Negeri Sabah 2025 dijadual disempurnakan Tun Musa di Istana Seri Kinabalu hari ini.
Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution yang dikurnia Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) dengan membawa gelaran Datuk Seri Panglima akan mendahului senarai 1,015 penerima.