top of page

Penganjur demonstrasi tidak hormat Hari Malaysia



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas tindakan panganjur Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang mahu mengadakan demonstrasi pada Sabtu ini.


Tindakan tersebut tegas Saifuddin adalah tidak menghormati semangat sambutan Hari Malaysia yang disambut pada tarikh sama (16 September) yang sangat signifikan dan sarat dengan semangat saling hormat dan kepatuhan kepada undang-undang.


Penganjuran demostrasi pada tarikh sama juga jelasnya menunjukkan sikap penganjur yang tidak hormat terhadap amalan hidup toleransi dan perpaduan antara kaum dan agama di negara ini.


"Mereka juga tidak menghormati kelompok daripada rakan-rakan kita di Sabah Sarawak yang mana tarikh itu amat penting sekali kepada mereka.


"Sebaiknya jangan pilih 16 September kerana itu tarikh sambutan Hari Malaysia daripada 31 Ogos hingga 16 September.


"Malangnya aktivis Perikatan Nasional (PN) memilih tarikh itu dan apa sahaja alasannya, mereka anggap ia tarikh yang terbaik untuk mereka," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya semalam sempena Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang 2023.


Sementara mengakui beliau sendiri adalah produk yang lahir daripada himpunan jalanan sepanjang 30 tahun dalam politik namun ketika itu himpunan disertainya mematuhi Akta Polis.


"Selepas itu, akta itu ditambah baik dan dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman merangkumi tiga komponen penting iaitu tanggungjawab penganjur, peserta perhimpunan dan pasukan keselamatan.


"Kalau tengok dalam akta itu, kawasan jadi tempat berhimpun pun ada kawasan boleh dan ada yang tidak boleh. Pertama lokasi dekat rumah ibadah, stesen minyak dan pencawan tidak dibenarkan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page