top of page

Penganguran belia: Latihan era 1990an, kemahiran tidak sepadan



Masalah kerja tidak sepadan dengan kemahiran yang dimiliki merupakan penyebab utama berlaku pengangguran dalam kalangan belia.


Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli (PH - Pandan) berkata kerajaan sedang berusaha untuk melakukan reformasi struktur ekonomi dan telah mengenalpasti cara menangani masalah berkenaan.


Beliau juga menolak teori mengatakan gaji minimum tidak mencukupi menyebabkan belia menjauhkan diri dari sektor tertentu


"Kalau melihat kepada angka pengangguran negara sebanyak 3.7% setakat bulan lepas adalah betul pengangguran belia 10%.


"Kalau lihat data lain, laporan survey tenaga suku tahun keempat 2022 menunjukan jumlah penganggur belia seramai 299,400. Jumlah ini berkurangan sebanyak 1,900 orang berbanding suku ketiga 2022.


"Statistik guna tenaga oleh DOSM juga ada peningkatan guna jawatan," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Muhammad Ismi Mat Taib (PN - Parit) dalam sesi pagi Dewan Rakyat.


Bagi Rafizi, tidak berlakunya pemadanan pekerjaan merupakan punca utama masalah apabila kemahiran yang dimiliki golongan belia tidak sepadan dengan permintaan pasaran kerja.


Katanya, hal itu banyak berlaku di sektor pekerjaan berasaskan digital.


"Kerajaan setakat ini akan memberikan tumpuan kepada beberapa program. Misalnya syarikat mengambil mereka yang bersesuian dengan sektor pembuatan dan dilatih terus serta memberi peluang pekerjaan (di kilang).


"Kedua kita perlu mempercepatkan sektor tenaga kerja kita untuk melatih graduan atau golongan belia dalam menutup jurang kemahiran ini, seperti kemahiran digital supaya tidak semata mata mendapatkan ijazah atau sijil, tetapi lebih kepada job trainning," katanya.


Bagi soalan tambahan Parit mengenai latihan dan pekerjaan pula, Rafizi berkata sistem pelatihan turut perlu dikaji kerana latihan kemahiran yang dijalankan kerajaan pada hari ini kebanyakan berdasarkan keperluan pasaran kerja dan teknologi pada era 1990an.


"Kita ada kesenjangan yang besar antara bentuk pekerjaan yang diperlukan dengan kemahiran yang dihasilkan sistem kita. TVET misalnya, kebanyakan persijilan yang dikeluarkan sekarang ini lebih merujuk kepada keperluan 1990an, era 2000 dan sebagainya yang berasaskan mesin.


"Sekarang ini ia tidak lagi begitu kerana kebanyakannya bergerak ke arah automasi. Mesin pun berbeza dan kemahiran berbeza. Kementerian Ekonomi daalm hal ini bekerjasama dengan semua kementerian terbabit dan kita perlukan kerjasama dari sektor swasta.


"Salah satu keputusan diambil kerajaan ialah untuk membuka institusi TVET ini dilakukan pihak swasta (lebih dekat dengan teknologi semasa kilang) supaya tidak ada jurang yang besar di antara kemahiran dan latihan diberikan dan sektor pekerjaan," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page