top of page

Pengangguran siswazah kerana 'mismatch' pendidikan dan peluang kerja, menteri jawab isu MoU



Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kurang puas hati dengan jawapan Menteri Sumber Manusia, M Saravanan (Ahli Parlimen Tapah) dalam sidang Dewan Rakyat sesi pagi apabila tidak menjawab soalan yang ditanyakan beliau mengenai apakah usaha kerajaan untuk mengatasi masalah 'mismatch' antara pendidikan dan peluang pekerjaan.


"Kalau kita lihat angka yang disebut di kalangan siswazah menganggur 4.4% itu tinggi. Tetapi kalau jumlah yang disebut guna tenaga tidak penuh berkaitan dengan kemahiran, itu mencecah lebih 1 juta.


"Saya usulkan, minta pandangan menteri, supaya mengatasi masalah mismatch keperluan industri. Kalau kita lihat dari PSDC Pulau Pinang, itu (mereka) mengambil inisiatif dari industri memberi latihan dan pendedahan. Jadi saya minta menteri melihat beberapa program (latihan) yang baru untuk mengatasi masalah mismatch ini kerana siswazah tidak dapat disesuaikan dengan keperluan industri," katanya.


Bagaimanapun Saravanan menjawab berbelit-belit berkaitan isu melahirkan modal insan kompeitif, meningkatkan produktiviti dan pelaburan asing.


Menteri juga menyentuh mengenai kekurangan pekerja sebanyak 1.5 juta sehinggalah kepada kestabilan politik dan untuk berjaya meningkatkan produktiviti perlu membawa masuk pelabur asing.


Menyebabkan Ahli Parlimen Port Dickson bangun kembali dan menegaskan soalan yang diungkapkan.


"Yang saya tanya, menteri, masalah anjakan paradigma. Walau pun bukan Menteri Sumber Manusia sahaja, tetapi kementerian lain juga. Bagaimana boleh ada pendekatan segera yang baru, memberi latihan supaya tidak ada mismatch di kalangan siswazah dengan indutri, yang berlarut ke lain-lain buat apa," katanya.


Namun menteri menjawab ringkas 'dengan adanya kestabilan politik, dengan memorandum kita tandatangani akan memberikan kesan positif' sebelum beliau duduk. Jawapan itu disambut gelak ketawa dari tempat duduk barisan Pembangkang.


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page