top of page

Penganalisis puji langkah kerajaan tambah baki caruman KWSP



Langkah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada dua juta pencarum mampu memulihkan semula dana caruman mereka.


Keputusan yang memberi impak hampir RM1 bilion kepada kerajaan itu menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin merupakan langkah terbaik untuk pencarum menghadapi hari persaraan mereka kelak.


"Jumlah RM500 ini sekiranya terus kekal di dalam tabungan dana caruman, mereka yang berusia 40 tahun ketika ini akan mempunyai tambahan nilai lebih daripada 100 peratus atau RM1,039.46 apabila mencecah usia 55 tahun," katanya dipetik.


Muhammad Iqmal juga berkata tindakan pengeluaran KWSP sekali lagi sebagai kurang sesuai, terutama ketika ketiadaan situasi kecemasan atau keperluan yang benar-benar mendesak.

Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2023 baru baru ini mengumumkan tambahan caruman RM500 kepada ahli KWSP yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang RM10,000 dalam Akaun 1 mereka.


Katanya, beliau bimbang jumlah baki simpanan dimiliki sesetengah pencarum setelah empat pengeluaran sebelum ini yang sekaligus menyebabkan bilangan ahli aktif yang mencapai Simpanan Asas RM240,000 pada usia 55 tahun menurun daripada 36 peratus pada 2020 kepada 29 peratus pada akhir 2022.


Sementara itu Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya Nurulhuda Mohd Satar berkata, isu jaminan sosial selepas persaraan merupakan satu masalah yang semakin meruncing terutamanya mereka yang tidak mampu untuk membuat simpanan persaraan selain daripada KWSP.


"Pada masa ini kita (pencarum) perlu memikirkan kesan jangka panjang atau sebarang inisiatif yang dilaksanakan, terutama sekali dalam menghadapi keadaan ekonomi yang masih lagi tidak menentu.


"Secara dasarnya, faedah daripada langkah ini akan membawa pulangan kepada pencarum sendiri apabila pertumbuhan ekonomi dapat dijana dengan lebih pantas," jelas Nurulhuda.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page