Penganalisis politik cabar Pas debat isu harga minyak
- Azuan Ab Rahman

- 18 hours ago
- 1 min read

Seorang penganalisis politik mencabar kepemimpinan tertinggi parti Pas untuk berdebat dengannya berkenaan isu harga minyak.
Raggie Jessy Rithaudeen mendakwa sudah muak dengan tindak-tanduk pembangkang yang terus cuba mengelirukan rakyat berhubung isu harga minyak yang sebenarnya berpunca dari krisis tenaga global akibat krisis di Asia Barat.
"Saya cabar parti Pas jumpa saya di pentas debat berkenaan isu harga minyak.
"Debat ini terbuka kepada kepemimpinan asal Pas terutama Presiden Abdul Hadi Awang, Naib Timbalan Presiden atau Naib-Naib Presiden.
"Ini kerana mereka perlu bertanggungjawab atas naratif palsu dimainkan Pas," kata menerusi ulasan di saluran youtube miliknya pada Sabtu.

Raggie turut menuntut supaya debat tersebut disiar di saluran televisyen utama supaya rakyat dapat menilai realiti sebenar disebalik isu tersebut.
"Pas nak bawa sekali isu harga minyak di Sabah Sarawak sekalipun dipersilakan," tambahnya.
Sementara itu beliau turut menegaskan, permainan putar belit pembangkang dalam isu harga minyak tidak akan berjaya mempengaruhi golongan pengundi progresif dan boleh berfikir.
"Banyak inisiatif kerajaan yang pembangkang cuba sembunyikan, contohnya syarikat pengangkutan masih menerima manfaat subsidi diesel menerusi sistem fleet card.
"Dalam keadaan paling mendesak ketika ini juga rakyat masih merasai subsidi RON95 pada harga RM1.99 seliter. Sekaligus membuktikan kerajaan hari ini paling prihatin kepada keperluan rakyat berbanding kerajaan-kerajaan sebelum ini.
"Tetapi jika dengar apa yang diceritakan pembangkang, seolah-olah rakyat sekarang ini berdepan fasa sangat kritikal," tegasnya.




Comments