top of page

Pengampunan Najib ditangguh ke mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
2 hours ago
1 min read

Permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.


Menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda (KDYMM SPB) Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.


"Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah diadakan pada 11 September 2026.


"KDYMM SPB berkenan supaya permohonan pengampunan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak," kata kenyataan itu.


Dalam mesyuarat sama, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan membebaskan 65 banduan pada 11 September 2026.


Bagaimanapun, semua banduan bukan warganegara perlu dihantar pulang ke negara asal masing-masing.


Semua banduan bukan warganegara hendaklah diusir dan dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh 6 bulan selepas dibebaskan," katanya.


Kenyataan itu bagaimanapun tidak memperincikan alasan penangguhan permohonan pengampunan Najib atau tarikh Mesyuarat Lembaga Pengampunan seterusnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page