top of page

'Pengampunan Anwar ikut prosedur, Dr Mahathir yang terlupa'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Kenyataan bekas Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad kononnya beliau khilaf menandatangai surat pengampunan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 dipertikaikan kerana rekod menunjukkan dirinya telahpun menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang membincangkan isu berkenaan selepas Kerajaan Pakatan Harapan dibentuk pada Mei tahun berkenaan.


Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar kenyataan bekas PM itu dalam siaran video TikTok baru baru ini amat meragukan dan kemungkinan katanya, Tun pada usianya mencecah 100 tahun sudah kerap 'lupa' hal yang pernah beliau kerjakan.


"Barangkali beliau terlupa.. dia tak ingatlah tu," katanya ringkas ketika dihubungi Suara Keadilan.


Onn yang juga Setiausaha Politik di Pejabat Presiden KEADILAN berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mahathir bahawa beliau menandatangani surat pengampunan tanpa mendapatkan nasihat Peguam Negara yang ketika itu sedang bercuti.


Bagaimanapun mantan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam kenyataan yang tersebar internet tampil menepis dakwaan dilakukan Tun Mahahtir dan menyifatkan hal itu tidak benar.


Apandi menjelaskan meskipun beliau sedang bercuti (garden leave) ketika itu, beliau telah menurunkan kuasa (delegate) kepada Peguam Cara 2 Negara untuk mewakili dirinya, iaitu Datin Paduka Zawyah Bee Loth Khan bagi menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan.


''Zawyah merupakan wakil sah saya berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.


''Justeru itu, dari segi undang-undang, pengampunan Anwar adalah sah,'' kata Apandi.


Dalam video TikTok baru baru ini Mahathir menceritakan pengalaman diberikan surat pengampunan ke atas Anwar pada waktu Peguam Negara sedang bercuti dan Peguam Negara baharu belum dilantik. Beliau mengaku tersilap dalam menjalankan prosedur pengampunan itu tanpa merujuk Peguam Negara.


Terdengar khalayak yang mendengar penjelasan Mahathir itu berkata sekiranya pengampunan tidak sah maka PM pada waktu ini juga tidak sah kedudukannya.


Namun Pejabat Peguam Negara semalam telah memaklumkan pengampunan ke atas Anwar telah diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan dan cukup keanggotaannya sesuai kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page