top of page

Pengampunan Anwar: Jangan biar fakta diputar belit kerana dendam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 5
  • 2 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini mempersoalkan keabsahan pengampunan diraja terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengamal undang-undang, pemimpin masyarakat dan rakyat Malaysia.


Peguam Khairul Naim Rafidi (gambar) menerusi satu penulisan berprinsip di laman Facebooknya menegaskan bahawa kenyataan Mahathir bukan hanya menyentuh soal politik, tetapi dilihat sebagai satu serangan terhadap asas Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.


"Sebagai peguam, saya terpanggil untuk menegaskan bahawa di sinilah garisnya.


"Kenyataan itu mencabar kewibawaan Lembaga Pengampunan sekaligus memperlekehkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara yang merupakan antara tunggak sistem keadilan negara.

"Kita boleh berbeza ideologi, tetapi jangan sesekali mengheret keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang ke dalam permainan silap mata politik. Fakta undang-undang tidak boleh dibentuk sesuka hati mengikut ombak politik," katanya.


Khairul Naim yang juga Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) turut menegaskan bahawa kuasa pengampunan adalah antara manifestasi tertinggi dalam sistem perundangan negara yang mesti dihormati sebagai sebahagian daripada struktur perlembagaan yang menjaga keseimbangan antara kuasa eksekutif, kehakiman, dan simbol kedaulatan negara.

Justeru tegasnya, kenyataan Mahathir berisiko menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kebijaksanaan institusi Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan berlandaskan undang-undang.


"Jika dibiarkan tanpa teguran tegas, kita membuka pintu kepada budaya mempertikai keputusan Raja Berperlembagaan atas asas politik dendam. Ini bukan semangat Rule of Law, ini adalah rule of nostalgia.


"Maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengingatkan, menuliskan kembali naratif yang benar, dan tidak membiarkan yang palsu dicetak sebagai kebenaran untuk generasi mendatang," tegasnya.


Mahathir dalam satu klip video TikTok yang tular mendakwa pengampunan yang diberikan kepada Anwar pada tahun 2018 tidak sah kerana tidak melalui proses yang sewajarnya.


Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau telah menandatangani surat pengampunan tanpa nasihat Peguam Negara pada waktu itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengambil cuti rehat (garden leave) dan tanpa mesyuarat Lembaga Pengampunan.


Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara pada Rabu tegas menafikan dakwaan tersebut dengan mengesahkan bahawa mesyuarat Lembaga Pengampunan telah diadakan, dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu dengan kehadiran Mahathir sendiri sebagai Perdana Menteri.


Mesyuarat tersebut dilaksanakan berdasarkan nasihat bertulis Peguam Negara sejajar dengan Fasal (9) Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.


Sementara itu tegas Khairul Naim, kenyataan palsu cuba dijaja Mahathir membayangkan kemungkinan wujudnya usaha terancang untuk mengubah naratif sejarah demi kepentingan tertentu.


"Apabila seseorang yang pernah duduk dalam ruang itu kini berdalih seolah-olah tidak tahu-menahu, ini bukan lagi soal lupa, tetapi mungkin memilih untuk lupa," sindir Khairul Naim.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page