top of page

Pengambilan tanah Kg Sg Baru: Orang muda perlu tolak pencabulan hak rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 16, 2022
  • 2 min read


Pengambilan tanah secara paksa di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur perlu diperjuangkan oleh anak muda seluruh negara sebagai pencabulan hak rakyat oleh kerajaan BN - PN.


Bagi Timbalan Ketua Angkatan Muda HARAPAN, Mohd Hasbie Muda (gambar, tengah), anak muda seharusnya sedar pengambilan sedemikian rupa boleh berlaku di mana mana sahaja dan juga kepada keluarga mereka pada masa hadapan.


"Kita nak isu di Kampung Sungai Baru ini menjadi isu nasional yang diangkat dan diperjuangkan oleh Angkatan Muda HARAPAN di seluruh negara. Itu tujuan kita yang pertama


"Sebagaimana kita tahu isu ini telah diangkat oleh pimpinan bekas Menteri Wilayah, Khalid Samad juga rakan rakan dalam PH. Kehadian kita hari ini untuk pastikan anak muda juga mengangkat isu ini.


"Sebab ini kes pertama di Wilayah pengambilan tanah bergeran dan pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru bukan untuk kepentingan strategik negara tetapi pemaju.


"Kita harap orang muda di seluruh negara menganggap ini pencabulan hak menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk kepentingan komersial," katanya dalam sidang media program Jelajah Anak Muda HARAPAN, pagi tadi.


Katanya, isu tersebut tidak boleh dibiarkan tersudut di kawasan berkenaan semata mata tetapi perlu dijadikan kempen kesedaran kepada rakyat untuk menolak tindakan 'tidak berhati pertut' kerajaan BN - PN.


"Saya harap isu ini hukan hanya berlegar di Kampung Baru atau di kawasan sekitar tetapi mesti menjadi isu nasional yang diangkat oleh kita semua," katanya.

Ahmad Umar Khair (kanan)

Dalam pada itu, Ketua Biro Jawatankuasa Mobalisasi Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Ahmad Umar Khair Zainuddin pula merayu pihak pemaju agar lebih memikirkan nasib penduduk di Kampung Sungai Baru berbanding keuntungan semata mata tanpa mempedulikan di manakah mereka akan tinggal dengan pampasan yang tidak seberapa.


"Saya sendiri berasa sedih. Mereka hanya memikirkan keuntungan untuk mereka sahaja. Mereka tidak fikir apa yang akan berlaku kepada keluarga di kampung ini


"Saya merayu tolonglah berperikemanusiaan. Pihak pemaju fikirkanlah keluarga di sini. Berbincanglah secara elok dengan penduduk dan mencapai kata sepakat dengan baik," katanya.


Sementara itu, penduduk Kampung Sungai Baru, Roziah Yusof sebak memberitahu beliau dipaksa keluar dari rumahnya pada Disember ini dengan pampasan yang kecil dan tidak mampu membeli rumah lain di sekitar Kuala Lumpur.


Roziah Yusof menitiskan air mata menceritakan nasibnya yang masih tidak mempunyai rumah ganti

"Saya diarah pindah pada Disember. Saya duduk sini telah 55 tahun. Saya tak bekerja, keadaan sakit. Selalu ulang alik ke hospital. Saya tak tahu mana nak duduk.


"Saya harap dapat bantuan dari mana mana untuk tempat tinggal saya.


"Saya rasa kecil hati. Perasaaan saya sedih disuruh keluar dengan pampasan yang sedikit. Dengan RM200,000 mana ada rumah sekarang harga RM200,000.


"Saya nak minta tolong tempat berteduh untuk menghabiskan sisa hidup," katanya sambil menitiskan air mata.


Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page