top of page

Pengalaman luas di PAC, Nurul layak jadi penasihat



Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar layak dilantik sebagai penasihat kepada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.


Menurut Naib Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Faizah Ariffin, pengalaman luas mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum ini sesuai digunakan untuk menasihatkan kerajaan dalam isu isu tadbir urus.


"Sebagai orang yang pernah menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum ini, Nurul Izzah adalah antara orang yang memastikan perbelanjaan negara mengikut apa yang telah ditetapkan.


"Nurul punyai intelek dan daya juang yang tinggi untuk menggalas tugas yang berat demi membantu kerajaan dalam memulihkan ekonomi dan menurunkan kadar hutang negara," katanya dalam satu kenyataan.


Faizah yang juga Ketua Wanita KEADILAN Terengganu itu berkata khidmat Nurul tidak perlu dipertikaikan kerana beliau tidak pun mengambil elaun pada ketika negara sedang berjimat ketika ini dalam usaha memulihkan ekonomi.


"Rakyat boleh mengambil pedoman kepada perkara ini kerana sedia maklum YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim menggalas tugas sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tanpa gaji dan Nurul Izzah juga mengambil pendekatan yang sama untuk berkhidmat tanpa sebarang bayaran.


"Malah jawatan itu tiada sebarang punca kuasa untuk membuat sesuatu dasar atau keputusan," katanya.


Justeru, kata Faizah, Wanita KEADILAN Terengganu ingin mengajak rakyat memberikan sepenuh kepercayaan kepada Nurul dalam memberikan khidmat terbaik demi merealisasikan Malaysia Madani.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page